Objektif:
Merealisasikan pemikiran kreatif remaja belia tentang Islam yang sesuai dengan diri mereka.
Material:
Handphone yang boleh membuat rakaman video atau kemera video.
Perlaksanaan:
- Minta peserta pendapat tentang rancangan TV atau Radio Islam yang ada pada masa sekarang. Adakah mereka berpuas hati dengan rancangan yang ada sekarang?
- Para peserta akan diberikan tugasan individu atau berkumpulan yang mana mereka perlu membuat rakaman video atau audio yang paling kreatif untuk tajuk yang berkaitan Islam. Tempoh rancangan ialah selama 5 minit.
- Peserta akan dipecahkan kepada beberapa slot yang berlainan:
- Dokumentari
- Gameshow
- Rancangan Temubual
- Lawak
- Rancangan memasak
- Iklan
- Peserta perlu memikirkan bagaimana elemen islam boleh dimasukkan dalam rancangan berkenaan.
- Peserta diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan rakaman.
- Semasa hari penyiaran, kesemua rakaman akan dicantumkan menjadi satu rancangan TV Islam.
Variasi:
Fasilitator juga boleh membuat rancangan Radio Islam dengan menggunakan perakan suara.
Kesimpulan:
Seiring dengan zaman maka Islam perlu ditampilkan dengan cara yang kreatif asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
0 ulasan:
Catat Ulasan