Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010


Sayang d Sayang
Objektif:
Menunjukkan kesan beriman kepada Allah.
Material:
Tiada
Perlaksanaan:
1. Ajukan soalan berikut kepada peserta”Pernahkah anda jatuh cinta atau melihat rakan anda bercinta?”
2. Peserta diminta menceritakan apa yang dapat dilihat dari segi sikap, tingkah laku dan apa-apa perkara yang dilakukan oleh orang yang bercinta.
3. Setelah itu, minta peserta mengaitkan orang yang bercinta dengan orang yang beriman kepada Allah.
4. Peserta diberi masa 10 minit untuk berbincang.
Point Perbincangan:
Fasilitator perlu memastikan perkara berikut disentuh oleh peserta apabila diminta memberi pendapat tentang sikap, tingkah laku dan apa-apa perkara lain yang dilakukan oleh orang bercinta.
1. Selalu rindu dan teringat
2. Akan cuba jadi yang terbaik untuk kekasihnya
3. Tidak sabar-sabar untuk bertemu
4. Akan melakukan perkara yang disukai dan meninggalkan perkara yang dibenci oleh kekasihnya
Ini boleh dikaitkan sperti berikut bagi orang yang beriman kepada Allah;
1. Selalu mengingati dan merindui Allah setiap masa dan ketika
2. Akan cuba menjadi hamba yang terbaik
3. Tidak jemu beribadat kepada Allah
4. Melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan larangannya.
Kesimpulan:
Kecintaan manusia kepada Allah akan menajdikan manusia mencuba sedaya upaya menjadi hamba yang terbaik.


Tempat Ini Asalku
Bahan: Peta Malaysia yang besar
Perlaksanaan:
  1. Fasilitator mengeluarkan peta Malaysia bersaiz besar dan membentangkannya di depan peserta.
  2. Setiap peserta diberikan arahan; ”Tunjukkan di mana tempat asal anda. Anda hendaklah menceritakan tentang rumah, kawasan di sekitar anda, aktiviti penduduk kawasan anda, apakah yang menarik tentang tempat anda dan pelbagai lagi perkara yang relevan.”
  3. Setiap peserta di beri 5 minit seorang untuk menceritakan tentang tempat asal dan bersoal jawab.




Kotak Puaka
Bahan: Kotak dan gulungan-gulungan kertas yang mempunyai soalan-soalan tentang diri.
Perlaksanaan:
  1. Fasilitator menyediakan kotak yang berisi pelbagai soalan seperti makanan yang disukai, ciri-ciri kawan idaman, kelakuan dibenci, perbuatan luar biasa yang biasa dilakukan, dan soalan-soalan lucu atau aneh yang difikirkan sesuai.
  2. Para peserta dikehendaki menjawab soalan seikhlas mungkin.
  3. Soalan diri yang lucu akan menggamatkan suasana!



Ya atau Tidak?
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
  1. Fasilitator memberi arahan, ”Anda diminta bertanya soalan kepada rakan anda yang terpilih soalan yang hanya akan dijawab dengan Ya atau Tidak sahaja.”
  2. Fasilitator akan memilih peserta pertama yang akan diajukan soalan.
  3. Peserta lain perlu memberi soalan sehinggalah cukup 20 soalan.
  4. Soalan yang melucukan akan menjadikan suasana aktiviti ini lebih menyeronokkan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...