Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010


Jangan Menitis Walau Setitik

Bahan: Gelas plastik lutsinar bersaiz besar atau botol mineral water 1.5liter dipotong, air dan pen marker.

Perlaksanaan:

Sebelum permainan ini dilaksanakan laluan berhalangan akan disediakan sejauh 100m ke 200 m. Permainan dijalankan dengan pertandingan antara kumpulan. Fasilitator mengisi air ke dalam gelas besar sehingga betul-betul penuh. Kedudukan air ditandakan dengan pen marker.
Fasilitator akan meminta kumpulan memindahkan air dengan berhati-hati.

Syarat permainan: 

Semua tangan peserta perlu menyentuh botol walupun hanya meletakkan hujung jari.

Di akhir, kumpulan yang sampai terlebih dahulu tanpa menumpahkan air yang banyak dikira sebagai pemenang.


Iklan Warung Mak Limah

Bahan: Kamera Video atau Handphone Berkamera

Perlaksanaan:

Fasilitator memberikan arahan, ”Warung Mak Limah memerlukan bantuan anda untuk membuat iklan di YouTube bagi menambahkan lagi jualan goreng pisangnya ke 10,000 keping sehari. Kumpulan anda dilantik sebagai Kumpulan Kreatif Pengiklanan yang akan membuat iklan untuk Mak Limah selama 1 minit.”

Fasilitator, ” Anda perlu membuat iklan yang menarik ini sekreatif mungkin. Penggunaan rakaman dibenarkan menggunakan kamera video atau handphone berkamera.”

Peserta diberikan masa selama 2 minggu untuk menyiapkan iklan ini.

Lebih menarik jika sebanyak mungkin kumpulan yang terlibat dalam persembahan ini yang mana kepelbagaian iklan akan dapat dilihat.


 

SAYANGILAH KELUARGA

Fasiliitator memulakan aktiviti dengan menayangkan video ‘Loving Family’. Fasilitator meminta pendapat peserta tentang video berkenaan.

Perbincangan:
a) Pernahkah apa yang dilakukan oleh kanak-kanak itu berlaku pada diri anda?
b) Apakah maksud di sebalik kartun ini?
c) Kongsi pengalaman hidup anda semasa kecil yang pernah diceritakan oleh ibu bapa anda?
d) Adakah anda bersyukur kerana disayangi keluarga? Atau anda sekadar tidak ambil peduli?

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...