Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

AKTIVITI-AKTIVITI DI LAPANGAN

Aktiviti 1: Membina Kumpulan (Ice Breaking)

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti awal yang
dilaksanakan untuk semua para pelajar yang terlibat
dengan program berkenalan antara satu sama lain. Unsur alam
sekitar boleh digunakan didalam aktiviti ini dan boleh dijadikan
bahan interaksi di antara sesama pelajar.

Cara Perlaksanaan

Daya ingatan

1. Para pelajar diminta membuat satu bulatan besar.

2. Para pelajar akan diminta memperkenalkan diri masingmasing.
Dengan menggunakan kaedah mudah dan pantas,
mereka harus memperkenalkan nama, umur dan tempat asal.

3. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, para pelajar
tidak dibenarkan bercakap lagi. Melalui kaedah rambang,
fasilitator akan menarik seorang demi seorang pelajar untuk
memperkenalkan rakan disebelah kiri dan kanannya. Ini
berterusan sehinggalah fasilitator berpuas hati dengan tahap
ingatan pelajar rakan-rakan mereka.


OBJEKTIF
➤ Untuk saling mengenali
antara satu sama lain
➤ Memberi kesedaran
akan kepentingan
konsep komunikasi dan
hubungan antara satu
dan yang lain
➤ Menggalakkan sikap
kerjasama dan bekerja
di dalam satu kumpulan
kecil mahupun
kumpulan besar

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...