Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

AKTIVITI 2 : KAPAL KARAM
MASA : 30 minit
ALATAN : Lampiran
OBJEKTIF :
1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan pemikiran yang tajam.
2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta.
2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan.
3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan
nama tersebut.
4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat.
FALSAFAH :
1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.
2. Tenang menghadapi saat-saat genting.
3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.



AKTIVITI 3 : MENAIKI RAKIT
MASA : 45 minit
ALATAN : Kertas Suratkhabar
OBJEKTIF :
1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta.
2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.
PROSEDUR :
1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
3. Fasilitator mengoyakkan keryas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga
menjadi kecil. Peserta tidak dibenar meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar
(lantai).
4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan
perempuan)
FALSAFAH :
1. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.
3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.



AKTIVITI 1 : BISIKAN MAKMUR
MASA : 30 minit
ALATAN : Wisel, skrip mesej
SKRIP MESEJ: Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah.
Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah.
Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah.
OBJEKTIF :
1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud
apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.
PROSEDUR :
1. Peserta berada dalam satu barisan.
2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.
3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.
4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan.
Peserta-peserta lain tidak boleh menolah ke belakang.
5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.
6. Setelah selesai, Fasilitator :
a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.
b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima.
c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.
FALSAFAH :
1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu
maklumat.
2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima
mesej.



AKTIVITI 2 : SILANG DAN MENANG
MASA : 30 minit
ALATAN : Wisel, kerusi
OBJEKTIF :
1. Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan.
2. Meningkat kemesraan dalam ahli kumpulan.
PROSEDUR :
1. Sembilan buah kerusi disusun seperti lampiran.
2. Murid dibahagikan kepada kepada dua kumpulan.
3. Apabila wisel ditiup, seorang ahli akan duduk di atas kerusi secara bergilir-gilir.
4. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya duduk pada kerusi dalam satu garisan lurus
untuk mencapai kemenangan.
5. Kemudian setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk mengarahkan ahli duduk di atas
kerusi.
6. Aktiviti diulang untuk mencari pemenang.
FALSAFAH :
1. Kepatuhan kepada ketua atau ibu bapa dan menghasilkan kejayaan.
2. Muafakat membawa berkat.
3. Seseorang mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk tidak menggunakan dadah.
1 0 0
0 1
1



AKTIVITI 3 : PENJAGA HARTA KARUN
MASA : 30 minit
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan.
2. Mewujudkan keseronokan semasa aktiviti.
PROSEDUR :
1. Peserta membuat satu bulatan.
2. Seorang peserta berperanan sebagai penjaga harta karun. Manakala seorang lagi
berperanan sebagai pencuri.
3. Peserta yang berperanan sebagai pencuri dikeluarkan dari bulatan dan kembali semula
untuk mengesan penjaga harta karun tersebut.
4. Peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun hendaklah membuat beberapa
gerakan (tepuk tangan) dan diikuti oleh peserta-peserta yang lain. (Gerakan tersebut boleh
ditukar kepada beberapa gerakan yang berbeza-beza)
5. Apabila pencuri dapat mengesan peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun
maka permainan ini tamat.
FALSAFAH :
1. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
2. Menjaga rahsia keluarga/kelompok masyarakat.
3. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar yang berbahaya



AKTIVITI 1 : CITA-CITA SAYA
MASA : 60 minit
ALATAN : Alat Tulis, Kertas A4
OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai citacita
mereka.
2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang yang diberi dengan jayanya.
3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam melaksanakan
kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta.
3. Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa
pengetahuan rakan-rakan.
4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh
mereka.
5. Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis.
FALSAFAH :
1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti.
2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut, perbincangan
boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik.
4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan bersungguhsungguh
tanpa mengenal erti putus asa.
5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa untuk
mencapai cita-cita.



AKTIVITI 2 : MENARA IMPIAN
MASA : 60 minit
ALATAN : Kad manila 2 keping, surat khabar 1 naskhah, pita pelekat, gam, pen marker, &
gunting.
OBJEKTIF :
1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diarahkan.
2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan
sesuatu tugas sehingga selesai.
PROSEDUR :
1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan.
2. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek :
~ Keselamatan
~ Pengurusan masa
~ Keunikan menara yang dibina
~ Kerjasama ahli kumpulan
3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan/bahan yang disediakan dalam
masa 45 minit.
4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya. Hasilnya akan
dipertandingkan.
FALSAFAH :
1. Usaha Tangga Kejayaan.
2. Berstu Teguh Bercerai Roboh.
3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
4. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian.
5. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk mencapai cita-cita.
6. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...