Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

Aktiviti: Saham Diri



Aktiviti ini sesuai dijalankan apabila peserta masih lagi belum mengenali antara satu dengan yang lain. Ia diberikan tempoh masa contohnya 10 ke 15 minit untuk menyelesaikan aktiviti. Jumlah peserta pula seharusnya dalam lingkungan 15 - 40 orang. Jika melebihi 40 orang, boleh digunakan aktiviti "Hoshigaru" - akan diterangkan kemudian.

Objektif aktiviti adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin kenalan dalam masa yang singkat. Peserta juga dapat berkomunikasi dan menghilangkan perasaan malu dan segan sesama peserta.

Peserta akan dibekalkan dengan sehelai borang yang mempunyai maklumat berikut...
SAHAM DIRI

Nama:
Kumpulan:
Berikut adalah senarai nama saham beserta dengan maklumat peribadi yang disahkan oleh setiap saham. (Arahan pada kertas aktiviti)
Nama: No. Matrik: Panggilan T/T Keluarga Kesukaan Kebolehan Impian
(Dimasukkan ke dalam kolum berjadual, supaya mudah diisi dan senang dibaca. Biasanya ruangan disediakan untuk 10 peserta.)

Communication is reaching out. Reaching out is risking. If you are willing to risk, you may build relationship. (Kata-kata hikmah yang sesuai boleh dimasukkan pada bawah borang.)

Kemudian arahan diberikan kepada peserta untuk mencari seberapa banyak maklumat mengenai rakan mereka dalam masa yang ditetapkan. Peserta harus pastikan mereka kenal rupa dan tahu nama peserta yang memberikan maklumat.

Selepas tamat tempoh aktiviti, fasilitator boleh bertanyakan soalan-soalan 'trick' atau arahan yang menggalakkan suasana dengan menggunakan maklumat yang diperolehi oleh peserta tadi. Kemudian buat kesimpulan bagi aktiviti yang dijalankan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...