Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

PENCARIAN DAN PENJELAJAHAN ALAM SEMULA JADI


OBJEKTIF
➤ Meningkatkan
kemahiran pelajar
menggunakan kompas
➤ Menggalakkan
semangat berpasukan
dikalangan pelajar
➤ Meningkatkan
pengetahuan pelajar
mengenai khazanah
hutan.


Peralatan
• Kompas ‘Suunto”
• Kad kompas dan soalan
• Peta kawasan
• Wisel


Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan
digabungkan dengan ‘environmental hunt’. Kesedaran dan
keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi
memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang.
Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi
penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan
dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan
serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.
Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan
juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan
soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari.
Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan
alam sekitar kepada mereka.
Cara Perlaksanaan
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama
bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan
kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat
beberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Setiap ‘check
point’ akan dipandu dengan “bearing” serta clue. Di setiap
“check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk
dijawab.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel.
Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah.
4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum
aktiviti dijalankan .
5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak
kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira
pemenang.


BERJALAN MALAM



OBJEKTIF
➤ Memerhati keadaan 

alam pada waktu 
malam

➤ Membezakan alam 
sekitar pada waktu 
malam dan mengesan 
haiwan yang aktif pada 
waktu malam

➤ Mengetahui pengaruh 
keadaan sekeliling yang 
gelap kepada manusia

Peralatan

• Lampu suluh
• Pakaian dan kasut yang
bersesuaian

Peringatan
❖ Kemungkinan besar 
untuk mengesan atau 
melihat haiwan pada 
waktu malam adalah 
tipis jika para pelajar 
bising





Di sebelah pagi, kita dikejutkan oleh nyanyian burung-burung. Di
sebelah petang pula, kedengaran siulan sisit. Pada malam hari, akan
kedengaran teriakan katak dan unggas-unggas. Semasa siang, kita
dapat memerhatikan burung-burung terbang melayang-layang di
udara dari pokok ke pokok. Apabila senja, mereka akan
menghilangkan diri dan kelawar akan kelihatan berterbangan ke
sana ke mari.
Tumbuhan berbunga dan berbuah pada masa yang berlainan
dalam setahun. Bukan sahaja berbunga pada masa yang berlainan
dalam masa setahun bahkan mereka mengembang pada masa yang
berlainan dalam sehari.
Bunga merah dan cerah biasanya berkembang pada waktu siang
dengan harapan dapat menarik perhatian serannga, lebah dan
burung. Tumbuhan yang mempunyai bunga harum dan berwarna
putih biasanya berkembang diwaktu senja dengan harapan dapat
menarik perhatian rama-rama yang terbang pada waktu malam dan
juga kelawar.
Pada malam hari, tumbuhan yang terdiri daripada keluarga
kekacang kelihatan menggulungkan daun mereka. Burung-burung
akan terbang balik ke sarang mereka atau mencari tempat berteduh
di dalam hutan di mana mereka akan berehat dan tidur. Semua
serangga akan pulang ke sarang masing-masing.
Kini sampai giliran binatang-binatang yang keluar mencari makan
dan bermain sesama mereka pada waktu malam. Kita akan
menemui katak dengan senang lagi jika kita keluar pada waktu
malam. Binatang seperti ‘Kubong’, ‘Kongkang’ dan kelawar akan
keluar mencari makanan. Burung-burung yang aktif di waktu malam
adalah seperti ‘night jar’ dan burung hantu.
Keadaan di dalam hutan sangat gelap di malam hari. Kemungkinan
melihat kelip-kelip dan ‘glow worm’ berterbangan dan merayaprayap
ke sana ke sini dalam hutan. Jika kita padamkan lampu suluh,
kita mungkin dapat melihat (jika bernasib baik) cendawan atau
kulat bercahaya di waktu malam. Kita dapat melihat kelawar dan
katak dengan menggunakan lampu picit. Kita juga dapat
mengengar unggas dan burung hantu. Binatang seperti landak dan
tenuk aktif di waktu malam.

Cara Perlaksanaannya:

1. Setiap kumpulan mestilah berada dalam keadaan diam.
Peluang untuk melihat haiwan aktif pada waktu malam
adalah lebih tinggi jika tidak bising. Kita juga tidak perlu
merasa takut.
2. Kaedah untuk melihat haiwan yang betul adalah dengan
memegang lampu suluh berhampiran dengan mata kita
(hampir dengan bahagian dahi atau hidung).
3. Kilauan dari mata haiwan akan dibalikkan ke mata kita apabila
kita menyuluh pada haiwan berkenaan. Bahagian-bahagian
utama hutan perlu dilihat ialah kawasan yang lapang
(misalnya di bahagian jalan rintis dan bahagian bawah serta
atas pokok).
4. Selepas beberapa lama, matikan lampu suluh dan lihat
sekeliling. Biarkan masa untuk mata menyesuaikan dengan
keadaan malam. Apakah yang boleh diperhatikan? Lihat di
kawasan atas tanah dan pada batang-batang pokok.
5. Cuba kenalpasti apa yang boleh didengari pada waktu
malam dan bandingkan dengan
keadaan siang hari. Bezakan
bunyi serangga, burung,
katak dan haiwanhaiwan
lain.
6. Para pelajar diingat
supaya sentiasa
senyap semasa
berjalan.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan didalam kelas berdasarkan
habitat pergunungan








0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...