Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

AKTIVITI 6
Tajuk : KAD PINTAR
MASA : 20 minit
ALATAN : Kad Pintar Waja Diri
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedarkan Kad Pintar Waja Diri kepada semua ahli..
2. Peserta diminta mengisi maklumat yang dikehendaki termasuk nama masing-masing.
3. Kemudian ahli dikehendaki mendekati dan berkenalan dengan rakan yang paling banyak
persamaan dengan dirinya.
4. 2 - 3 orang ahli secara sukarela menceritakan tentang pasangan masing-masing tanpa
merujuk kepada kad tadi.
FALSAFAH :
1. Mengenali seseorang dengan lebih mendalam adalah penting untuk berkomunikasi dengan
berkesan,
2. Kehadiran orang lain adalah penting dalam hidup kita.



AKTIVITI 1 : SI PUTIH DAN SI HITAM
MASA : 40 minit
ALATAN : Alat Tulis dan Edaran (Lampiran inventori)
OBJEKTIF :
1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenalpasti sifat positif dan negatif yang terdapat dalam
diri masing-masing.
2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat positifnya.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada setiap ahli.
2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif beserta contoh.
3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 8 minit.
4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta ahli menerangkan 2
sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara yang telah dilakukan.
5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat negatif serta
memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-sifat tersebut.
6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan pendapat serta cadangan
kepada ahli lain.
FALSAFAH :
1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif
2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang negatif harus
dihapuskan.



AKTIVITI 2 : TAK KENAL TAK CINTA
MASA : 40 minit
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1. Supaya peserta dapat memberikan maklum balas terhadap diri orang lain.
2. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil.
2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah bulatan.
3. Setiap ahli diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu ditengah-tengah bulatan.
4. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka seorang ahli baru
mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi.
This watermark does not appear in the registered version - http://www.clicktoconvert.com
LDK 1
5. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahli lain.
6. Setelah selesai minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktiviti tersebut.
FALSAFAH :
1. Dapat menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripada orang lain
secara berdepan.
2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkan manakala
yang tidak baik diperbaiki.



AKTIVITI 3 : FANTASI KEJAYAAN
MASA : 40 minit
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1. Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri.
2. Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik nafas dan
hembuskan (beberapa kali). Cuba bertenang.
2. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda.
Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu.
3. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku ? Adakah anda mencapainya
secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakah anda merancang untuk
mencapainya atau ia berlaku secara spontan.
4. Sekarang, sedarkan diri anda.
5. Minta peserta berkongsi kejayaan masing-masing.
FALSAFAH :
1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat.
2. Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika berusaha dengan bersungguhsungguh.



AKTIVITI 1: DI MANA ANDA BERADA
MASA : 45 minit
ALATAN : Helaian 'Di mana anda berada'
OBJEKTIF :
1. Melatih peserta membuat keputusan sendiri.
2. Peserta dapat memberi pandangan dan pendapat secara bebas.
PROSEDUR :
1. Setiap murid diberi helaian 'Di mana Pendirian Anda'.
2. Fasilitator akan membuat garisan di atas lantai yang dicatat "SANGAT SETUJU" di
hadapan sekali dan garisan kedua "BERKECUALI" serta garisan terakhir "TIDAK
SETUJU".
3. Peserta akan diberi satu isu dan mereka dikehendaki berdiri di mana-mana di atas garisan
tersebut bergantung kepada perasaan mereka mengenai isu tersebut. Sekiranya mereka
"BERKECUALI", mereka akan berdiri di tengah-tengah garisan dan sekiranya mereka
tidak bersetuju, mereka akan berdiri di kawasan "TIDAK BERSETUJU" di atas garisan
tersebut.
4. Pilih peserta dari bahagian yang berbeza di atas garisan dan meminta mereka menerangkan
mereka. Peserta juga boleh menukar pendirian mereka. Peserta juga boleh menukar
pendirian setelah mendengar penjelasan daripada peserta yang mempunyai pandangan
yang berbeza.
FALSAFAH :
1. Bijak dalam membuat keputusan.
2. Tegas dalam membuat keputusan
3. Yakin dengan pendirian sendiri.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...