Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

AKTIVITI 2
Tajuk : WAJA DALAM DIRI
MASA : 15 minit
ALATAN :
1. Pemain kaset atau CD
2. Senikata lagu
PROSEDUR :
1. Ketua fasilitator meminta peserta-peserta bersedia dengan senikata lagu yang telah
dibekalkan.
2. Fasilitator membimbing peserta menyanyi bersama-sama diiringi muzik minus one.
3. Peserta diminta menghayati senikata lagu yang dinyanyikan.
FALSAFAH :
1. Insaf tentang kesilapan lalu.
2. Menghargai pengorbanan ibu bapa.
3. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang, jika dia sendiri tidak berusaha mengubahnya.
Lagu : Wan Zul (Suci Dalam Debu)



AKTIVITI 3
Tajuk : KUMPULANKU
MASA : 15 minit
ALATAN : Kad gambar buah-buahan (durian, rambutan, pisang, kelapa)
PROSEDUR :
1. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan kad gambar buah masing-masing.
2. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan abjad pangkal nama masingmasing.
3. Sekali lagi peserta diminta berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing.
4. Seterusnya peserta diminta berkumpul semula berdasarkan kod yang diberikan pada kad
nama masing-masing.
5. Ketua fasilitator memperkenalkan fasilitator bagi setiap kumpulan.
FALSAFAH :
1. Kerjasama dengan lebih mendalam boleh mewujudkan kemesraan dan perasaan saling
hormat menghormati di antara satu sama lain.



AKTIVITI 4
Tajuk : BOLA BALING
MASA : 15 minit
ALATAN : Sebiji bola plastik
PROSEDUR :
1. Ahli kumpulan diminta berdiri di hadapan kerusi masing-masing dalam satu bulatan.
2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyebut namanya sambil membaling bola dengan
perlahan kepada peserta pertama dalam kumpulan.
3. Aktiviti tersebut diulang oleh peserta yang lain sehingga semua ambil bahagian.
FALSAFAH :
1. Mengetahui nama seseorang adalah penting untuk berkomunikasi dengan berkesan.
2. Kehadiran insan lain adalah penting dalam hidup kita.



AKTIVITI 5
Tajuk : PERATURAN KUMPULAN
MASA : 20 minit
ALATAN : Senarai peraturan dalam kumpulan
PROSEDUR :
1. Ahli-ahli duduk dalam satu bulatan.
2. Tanya pendapat ahli-ahli mengapa mereka diminta duduk dalam bentuk bulatan.
3. Fasilitator mengedarkan senarai peraturan dalam kumpulan kepada ahli-ahli untuk dibaca,
dibincangkan dan ditambah jika difikirkan perlu.
FALSAFAH :
1. Manusia mempunyai kebebasan dalam hidup tetapi sebalik kebebasan itu manusia
mempunyai banyak peraturan atau disiplin yang perlu dipatuhi.
ARAHAN LANJUT :
1. Ahli kumpulan diminta melantik seorang ketua dan penolong.
2. Setiap ahli mestilah diberi peranan/tugas.
3. Namakan kumpulan bertemakan nilai-nilai positif
(Contoh ; Arif, Bestari, Bijak, Intelek dan sebagainya)
4. Cipta cogankata kumpulan anda.
PERATURAN KUMPULAN (Contoh)
1. Semua perkara yang dibincangkan di dalam kumpulan adalah menjadi rahsia kumpulan
dan tidak boleh dibawa keluar.
2. Semua ahli mendapat giliran untuk mengeluarkan pendapat.
3. Semua ahli mestilah mendengar dengan teliti apabila ahli lain sedang bercakap.
4. Semua ahli mempunyai hak yang sama rata dan adil.
5. Semua ahli mestilah berusaha bekerjasama dan mengambil bahagian tanpa malu-malu.
6. Ahli tidak boleh memperkecilkan atau merendah-rendahkan pendapat yang diberikan oleh
rakan.
7. Ahli tidak boleh mencelah ketika rakan bercakap kecuali dengan izin.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...