Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

Pengembaraan Si Buta


OBJEKTIF
➤ Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan penggunaan deria yang lain selain dari deria penglihatan
➤ Menambah ilmu dan pengalaman para pelajar berkenaan dengan keunikan unsure-unsur yang terdapat dalam alam sekitar melalui kaedah yang berbeza
➤ Mewujudkan kerjasama dan sikap saling Bantu menbantu antara para pelajar dalam sesuatu kumpulan.


Peralatan
• Kain Penutup mata
• Tali besar
• Kertas kosong


Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelajar di
kawasan hutan tanah tinggi. Kebiasaannya aktiviti ini akan
melibatkan unsure-unsur alam sekitar seperti tanah, air, udara,
pokok, akar dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga menguji tahap
penggunaan deria pelajar. Pelajar akan menggunakan kesemua
deria yang ada kecuali deria penglihatan mereka.
Cara Perlaksanaannya:
1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisan
panjang.
2. Para pelajar kemudian dikehendaki menanggalkan kasut
masing-masing.
3. Selepas itu para pelajar dikehendaki menutup mata dengan
rapat menggunakan kain penutup mata. Pelajar yang memakai
cermin mata diminta menanggalkannya terlebih dahulu.
4. Fasilitator akan memberikan penerangan mengenai aktiviti
yang akan dijalankan dan para pelajar dikehendaki berdiam
diri pada masa ini.
5. Para pelajar akan mula bergerak daripada yang dihadapan
dipandu oleh fasilitator ke arah tali yang telah diikat (tali
diikat pada pokok, batu besar, akar dan sebagainya
mengikut denai yang telah ditetapkan). Kemudiannya para
pelajar akan bergerak mengikut tali.
6. Setelah tamat, para pelajar dikehendaki membuka mata dan
dikumpulkan di satu tempat dan dikehendaki menulis apa
yang telah dilalui menggunakan deria-deria selain dari
penglihatan.
7. Para pelajar akan dibawa semula ke denai tersebut untuk
memerhati dan mengimbas kembali pengalaman para
pelajar sewaktu melalui denai tersebut dengan mata
tertutup.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...