Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

Bangunan 2 tingkatDi bangunan 2 tingkat macam2 aktiviti yang kita boleh buat.. 

Cadangan Aktiviti:
 Kita boleh buat aktiviti ala explorace yang mana kita boleh bahagikan mereka kepada beberapa checkpoint. bagi setiap checkpoint ada aktiviti atau permainan yang akan menguji ukhuwwah mereka.
Checkpoint 1: Berpindah Pulau

Bahan: Kapur
Perlaksanaan:
Aktiviti ini dimainkan di atas simen. Fasilitator akan membuat empat segiempat bermula dari yang paling besar sehinggalah ke yang paling kecil. Jarak di antara segiempat mestilah boleh dilangkah oleh kumpulan tersebut.
Peserta perlu berusaha untuk memastikan mereka dapat muat didalam segiempat tanpa seorang pun ahli kumpulan mereka yang terkeluar. Lebih sempit segiempat permainan akan menjadi lebih menarik.

Checkpoint 2: 
Menara Tin
Bahan: Tin minuman kosong yang masih berkeadaan baik dan tilam keselamatan.
Perlaksanaan:
Permainan diadakan secara persaingan dengan kumpulan lain. Kumpulan perlu membuat strategi untuk memastikan susunan tin mereka akan menjadi yang paling tinggi berbanding kumpulan lain.
Jika tidak boleh mencapai peserta perlu memanjat bahu rakan mereka atau apa sahaja cara memastikan ketinggian maksimum dapat dicapai. Penggunaan tangga tidak dibenarkan. Aktiviti ini memerlukan tilam keselamatan. Ditakuti ada yang alami kecederaan.

Checkpoint 3: Apa yang penting? KERJASAMA
Bahan: Pensel bersaiz besar dan Manila Kad
Perlaksanaan:
Para peserta diminta memegang pensil bersaiz besar bersama-sama. Mereka diminta menulis perkataan KERJASAMA dengan syarat tiada seorang pun yang boleh melepaskan pegangan dari pensel tersebut.Fasilitator perlu memastikan tangan peserta tidak terlepas dari pensil besar. Permainan boleh juga dilakukan dengan menggunakan pen marker yang diikat pada sebatang kayu penyapu.

Checkpoint 4: Perjalanan Belon-Belon
Bahan: 10 belon bagi setiap kumpulan yang mempunyai antara 5-10 orang peserta.
Perlaksanaan:
Setiap kumpulan membentuk bulatan, 10 biji belon akan dimasukkan di tengah-tengah. Peserta dikehendaki menghimpit belon dan pastikan tiada belon yang mencecah lantai. Para peserta perlu berjalan dari checkpoint ini ke garisan penamat. Bagi setiap belon yang pecah atau terkeluar sepanjang perjalanan akan didenda. Bagi 1 belon semua ahli kumpulan akan didenda ketuk ketampi 10 kali.

Kawasan Berpokok

Cadangan: Pokokku Sayang
 

Material: Kawasan berpokok, Manila Kad, Pen Marker dan wisel

1. Kad manila kad dipotong 8 dan tuliskan huruf A-H dengan menggunakan Pen Marker.
2. Pokok-pokok dilekatkan dengan huruf-huruf berikut secara rawak.
3. Para peserta diminta bersedia di garisan permulaan yang ditandakan.
4. Fasilitator memberi arahan, "Saya akan menyebut huruf pokok yang anda semua perlu peluk. Apabila saya meniup wisel segera memeluk pokok berkenaan dalam kiraan 5. Jika ada ahli kumpulan yang gagal memeluk setelah kiraan 5. Ahli kumpulan akan tersingkir."
5. Permainan seronok dimainkan seramai mungkin peserta.
6. 5 peserta terakhir adalah pemenang. (kenapa perlu ada satu pemenang jika kita boleh bagi 5 orang yang menang) :-D


Dewan?
Cadangan: Dalam Lingkungan
Bahan: Papan plywood, kapur, pembaris dan bola pingpong
Perlaksanaan:
Fasilitator menggunakan kapur dan pembaris untuk menandakan mana-mana bahagian dengan segiampat sama bersisi 10cm. Peserta perlu memastikan semasa mereka membawa plywood tersebut bola pingpong tidak boleh keluar dari garis yang ditanda dengan kapur. Mereka perlu bergerak dengan berhati-hati dan mengimbang bola agar kekal dalam kotak yang ditandakan.
Variasi:
Boleh diadakan secara persaingan antara kumpulan. Peserta dibenarkan untuk mencuba beberapa kali agar mereka biasa dengan mengimbang bola pingpong.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...