Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

Nikmat Jarang Disyukuri 1... 
Objektif: Menyedarkan peserta banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita yang jarang kita syukuri. Material: Kain pengikat mata, pensel kertas dan terjemahan Al-Qur’an 


Perlaksanaan:
 1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: ”Tutup mata anda dengan kain yang telah diberikan, bergerak ke arah suara saya”. Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut ”Saya di sini!” Para peserta diminta bergerak ke arah suara. Selepas semua peserta sampai. Bagi arahan selanjutnya.
 2. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: ”Tahan nafas anda selama yang anda mampu” Minta peserta jangan terlalu memaksa diri. 
3. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: ”Tulis huruf A dengan syarat tanpa menggunakan jari anda.”
 4. Tanya pendapat peserta apa yang mereka dapat belajar dari aktiviti yang mereka baru saja lakukan.
 5. Bincangkan:  Adakah mereka mula mensyukuri nikmat mata, udara dan tangan dari aktiviti sebentar lagi?  Apa yang mereka perlu lakukan untuk menunjukkan mereka mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah? Kesimpulan: Syukurilah nikmat yang ada pada kita, kita tidak tahu bilakah nikmat yang ada ini akan ditarik balik.




One For All, All For One


 Bahan: Pensel dan belon


 Perlaksanaan: Peserta diminta membawa pensel masing-masing sebelum aktiviti ini dimulakan. Fasilitator memberikan belon yang telah ditiup sederhana besar dan meminta menggunakan belakang pensel untuk menahan belon dari jatuh. Peserta perlu berusaha untuk melepasi cabaran masa 1 minit, 2 minit, 5 minit. Permainan ini memerlukan daya kesabaran dan semangat berpasukan yang tinggi. 


Variasi: Permainan ini boleh dilakukan secara perlawanan antara kumpulan. Kumpulan yang bertahan paling lama diisytiharkan sebagai pemenang.




 Apa yang penting? KERJASAMA 


Bahan: Pensel bersaiz besar dan Manila Kad 


Perlaksanaan: Para peserta diminta memegang pensil bersaiz besar bersama-sama. Mereka diminta menulis perkataan KERJASAMA dengan syarat tiada seorang pun yang boleh melepaskan pegangan dari pensel tersebut. Fasilitator perlu memastikan tangan peserta tidak terlepas dari pensil besar. Permainan boleh juga dilakukan dengan menggunakan pen marker yang diikat pada sebatang kayu penyapu. 




Perjalanan Sebiji Belon 


Bahan: Belon 


Perlaksanaan: Fasilitator memberikan arahan,”Anda diminta memindahkan belon berkenaan dengan semua jari anda mesti menyentuh belon di tangan saya. Anda perlu memindahkan belon ini dari garisan mula sehingga garisan tamat.” Fasilitator perlu menandakan checkpoint untuk peserta memulakan permainan dan menamatkan permainan. Variasi: Aktiviti ini boleh dipelbagaikan lagi dengan membuat halangan yang perlu diharungi oleh peserta. 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...