Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010


Game islami: Treasure Hunt


Objektif:
Memberi kefahaman kepada peserta betapa pentingnya Al-Qur’an sebagai peta hidup kita.

Material:
Lakaran Peta dan barang-barang yang ingin dicari.

Perlaksanaan:
1. Fasilitator sembunyikan barang di sebuah tempat dan lakarkan peta yang lengkap untuk digunakan sebagai panduan mencari barang-barang tersebut.
2. Serahkan peta kepada peserta dan minta peserta cari barang yang disorokkan tersebut.
3. Bagi peserta masa untuk mencari dan minta peserta serahkan barang tersebut di tempat yang ditetapkan.
4. Setelah semua peserta telah berjumpa dengan barang yang disembunyikan. Tanya pendapat peserta apakah yang mereka dapat belajar dari aktiviti yang baru sahaja mereka lakukan.

Perbincangan:
a. Adakah mereka akan dapat berjumpa barang disembunyikan jika mereka tidak diberikan peta?
b. Jika peta yang diberikan tidak lengkap adakah mereka dapat berjumpa dengan tempat tersebut?
c. Dalam Islam, Allah telah memberikan kita peta dan orang yang membantu kita menggunakan peta tersebut ini tidak lain dan tidak bukan Allah memang ingin kita mendapat pengakhiran hidup yang baik.
AL-Qur’an sebagai peta yang menunjukkan jalan dan Rasul Allah, Muhammad sebagai penunjuk jalan sebenarnya memudahkan kita mendapat kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
d. Dalam Islam kita jelas dengan desitnasi yang kita ingin tuju. Kita jelas jalan yang kita perlu ikuti untuk pergi ke arah destinasi tersebut. Terpulang kepada kita ingin mengikuti atau tidak.

Kesimpulan:
Allah telah menurunkan Al-Qur’an sebagai panduan manusia sebagai peta yang jelas agar kita dapat menemui destinasi kita yang terbaik.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...