Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010

PERBAHASAN

OBJEKTIF
➤ Menyemai semangat
konservasi di dalam diri
peserta
➤ Dengan bimbingan
fasilitator, pelajar dilatih
dengan teknik serta
kemahiran interpretasi
yang sesuai dengan
semua golongan dan
peringkat masyarakat

Peralatan
• Kerusi Meja
• Set PA system
• Kertas dan Pensil


Aktiviti ini mendedahkan para pelajar terhadap kemahiran ‘public
speaking’ atau berhujah dikhalayak umum dengan mengaitkan
kemahiran menerima, menganalisis dan merumuskan maklumat.
Kemahiran-kemahiran sebegini perlu bagi mereka menyampaikan
mesej konservasi setelah berjaya menghabiskan kem pendidikan
alam semujadi.
Cara Perlaksanaanya
1. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Tajuk perbahasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut
untuk mengambil pihak yang bertentangan didalam sesuatu
perbincangan.
3. Para pelajar setiap kumpulan akan diberikan 2 – 3 minit
seorang untuk mengemukakan hujah-hujah mereka.
4. Ketua kumpulan akan diberikan lebih masa untuk
merumuskan segala hujah-hujah ahli kumpulan.
5. Pengadilan dibuat berdasarkan ketepatan, kelancaran dan
gaya penyampaian serta isi hujah-hujah.
Tajuk-tajuk perbahasan yang boleh dibahaskan termasuklah:
a) Kawasan Pergunungan-adakah ia wajar dibiarkan semulajadi
atau diperkembangkan dalam pembangunan negara
b) Pembangunan dikawasan pergunungan harus digiatkan
memandangkan kurangnya kawasan di tanah rendah untuk
pembangunan
c) Aktiviti pertanian harus dipertingkatkan di kawasan
pergunungan untuk menjamin penghasilan sector ekonomi
negara

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...