Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010


Games Islami: Alhamdulillah


Objektif:
Mensyukuri nikmat Allah.

Bahan: Kain yang muat menutup mata.

Perlaksanaan:
1. Fasilitator mengagihkan kain kepada setiap orang peserta. Peserta diminta menutup mata mereka dengan kain tersebut.l
2. Fasilitator akan memimpin mereka melalui kawasan yang berhalangan seperti tangga, longkang, kawasan sempit dan sukar.
3. Setiap pelajar diminta memegang bahu rakan mereka semasa berjalan.
4. Pelajar akan dibawa berjalan selama 5 minit.
5. Setelah tamat, minta peserta menceritakan pengalaman mereka yang hilang penglihatan buat sementara.

Perbincangan:
a) Bagaimana perasaan peserta apabila melalui pengalaman tadi?
b) Adakah mereka bersyukur kerana tidak dilahirkan buta?
c) Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang bisu,
pekak dan cacat anggota?
d) Bersyukur kah anda?

Kesimpulan:
Mensyukuri nikmat Allah adalah ciri-ciri orang beriman.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...