Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010


Pendakwah..bukan Penghukum
(DAKWAH)

Objektif: Mengikis perasaan syak wasangka di kalangan pendakwah kepada mad’u (orang yang ingin didakwah) daripada berprasangka buruk kepada sifat mengasihani.

Bahan: Tiada

Perlaksanaan:
1. Naqib memberikan satu situasi kepada anak usrah.

2. Ajukan pertanyaan berikut. ”Apakah yang anda fikirkan apabila anda melihat seorang lelaki membawa botol air mineral pada waktu tengahari di bulan Ramadhan?”

3. Minta respon pelajar.


Point Perbincangan:
1. Kita dengan mudah menghukum seseorang kita tanpa betul-betul menyelidiki apa punca sebenar yang menyebabkan dia berkelakuan bertentangan dengan Islam pada pandangan kita.

2. Minta pelajar bagi contoh sifat prejudis kepada seseorang yang ada dalam diri mereka. Atau bagi contoh situasi berikut;
  • Apa pandangan mereka kepada perempuan yang tidak pakai tudung?
  • Apa pandangan mereka kepada orang yang bermain bola sehingga maghrib?
  • Apa pandangan mereka kepada kawan mereka yang selalu berdua-duaan di tempat sunyi?
3. Kadang-kadang kita dengan mudah menghukum mereka dan menegur dengan keras tanpa ingin menyelami betapa kurangnya kefahaman mereka tentang Islam.

4. Kita suka menghapuskan simptom yang kita lihat (pakai seksi, couple, main bola sampai maghrib) tanpa pergi kepada punca sebenar penyakit iaitu permasalahan iman yang belum kukuh di dalam diri mereka.

5. Tinggalkan persoalan kepada anak usrah. Carilah di dalam Sunnah adakah Rasulullah pernah berlaku keras kepada orang yang belum faham lagi tentang Islam? Ingatlah kisah Badwi yang kencing di dalam masjid…
Kesimpulan:
Pendakwah perlu menghapuskan prejudis mereka kepada mad’u dengan bersifat belas kasihan kepada mereka. Ini akan merapatkan lagi hubungan anda dengan orang yang akan didakwah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...