Ahlan Wasahlan

Ahad, 31 Julai 2011

TARBIYAH HATI

Sekadar berkongsi diskusi suatu ketika dahulu bersama sahabat2 ttg bagaimana mendidik hati..moga ada manfaat pada semua..
A : “Macam mana nak didik hati ni supaya sentiasa je jadi baik?”
B : “hmm..bukan senang..tapi itulah namanya mujahadah.”
C : “A’ah betul. Kita kena selalu kawal nafsu supaya ia tunduk pada  iman..itulah namanya mujahadah.”
A : “Tapi macam mana caranya?”
C : “hmm..paksa diri buat baik. Mula-mula kita paksa dulu..dan jangan lupa bersoa selalu agar Allah mendidik hati kita..lama2 hati ni kan terdidik dengan sendiri untuk buat kebaikan. Contohnya solat tahajud. Mula-mula kita paksa jugak diri bangun walau malas macam mana pun..paksa jgk..percayalah lama-lama kita kan bangun sendiri…dan disaat itu baru kita rasa kemanisan beribadat.”
B : “lagi satu..cara nak didik jiwa ni sentiasa sabar n redha dengan ujian Allah..sentiasalah ingat mati. Bila hati rasa sedih akan hal yang berkait dengan dunia..terus ingat pada mati..percayalah hati kita langsung dah tak peduli pasal kesedihan tusebab kita lebih risaukan kematian yang bakal kita lalui. hati kita akan merasakan diri terlalu kurang ibadat..dan terlalu banyak dosa..”
C : “Sebab tu jgk Rasulullah s.a.w suruh kita mendampingi orang-orang soleh supaya mereka boleh mengajak kita ke arah kebaikan..mereka juga yang mampu menasihati kita dalam segala hal. Silap kita akan ditegur, inilah gunanya seorang sahabat yang hatinya dekat pada Allah kan..”
A : “Tapi dunia sekarang susah nak cari sahabat yang mampu mengajak kita lebih dekat pada Allah. Dan nak tegur sahabat lain pun susah..tegur sikit..diorang marah..patutlah hukama’ mengatakan walau ramai kawan tapi hati rasa kosong sebab takada seorang pun yang boleh jadi sahabat sebab sahabat dalam islam adalah mereka yang mengajak kita ke jalan Allah.”
C : “hmm seorang sahabat pernah kata pada saya..hanya mereka yang punya hati yang bersih akan mampu menerima teguran dari orang lain. Kerana hati mereka membuang kepentingan dunia…hanya ada cinta Rasul dan Allah..mereka ini sentiasa mengharapkan teguran dari sahabat lain untuk perbaiki diri. Tapi sebaliknya mereka yang marah apabila ditegur, merekalah yang hatinya dicemari dosa..hatinya berpaut pada dunia..”
B : “Lagi satu tanda hati seseorang itu bersih, apabila orang lain melakukan silap padanya..dengan segera dia memaafkan tanpa perlu dipohon maaf pelaku itu. Andai dirinya bersalah pada orang lain, segera juga dia memohon maaf atas kesilapannya. Sesungguhnya Allah amat kasih pada mereka yang pemaaf.”
A : “Yang paling penting..hati ni kena sentiasa berzikir pada Allah..sentiasa istighfar akan kesilapan..dan sentiasa merasakan diri ini kurang..diri ini hina disisiNya..barulah hati itu mampu ditarbiyyah menjadi hati jiwa hamba”
“Hati perlu ditarbiyah bersungguh-sungguh agar menjadi hati yang hidup..hati yang berjiwa hamba..hati yang sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah”

Filem 'Aku Siapa', Kelirukan Aurat Wanita Islam?


Norhayati Kaprawi dengan poster-poster filem terbarunya Aku Siapa dan ... Dia pun tak tutup aurat?
HALAMAN HIBURAN
KL, 17 Mei 11: Sheridan Mahavera dalam The Malaysian Insider mengulas filem 'Aku Siapa' dikatakan cuba kelirukan batas-batas aurat wanita Islam?

Pop quiz, mengikut ulama Islam apa itu aurat untuk wanita:
  • a) dari atas kepala hingga ke kaki kecuali tapak tangan dan muka
  • b) a + kecuali lengan
  • c) a + kecuali betis
  • d) a + kecuali rambut dan kepala
Jawapannya, semua betul. Ini kerana apa itu aurat dan bahagian mana seorang wanita Islam wajib ditutup, bergantung kepada ulama yang soalan ini ditujukan. Mengikut kajian ulama sekarang, kebanyakkan ulama zaman klasik Islam berbeza pendapat tentang apa ketetapan aurat wanita.
Jika ulama tradisi intelektual Islam berbeza pendapat antara mereka, bagaimana hendak menetapkan standard hijab dan aurat dalam masyarakat Islam? Lebih lagi siapakah patut menetapkan standard itu, lelaki atau perempuan? Dan, jika satu standard ditetapkan adakah patut kesemua perempuan dipaksa, melalui undang-undang atau tekanan sosial, untuk mengikut standard itu?
Persoalan-persoalan ini menjadi tunjang kepada filem berjudul ‘Aku Siapa’ oleh Norhayati Kaprawi. Filem kedua aktivis dan pelukis ini meniliti budaya pemakaian tudung dan hijab dalam masyarakat Islam Malaysia. Ia mengetengahkan hujah bahawa standard aurat yang dipaksa ke atas wanita Islam dengan pemakaian tudung dan hijab di Malaysia sebenarnya bukan tetapan unggul agama seperti yang dituntut oleh autoriti agama.
Maksudnya, dalam tradisi intelektual dan sistem perundangan Islam, terdapat pandangan alternatif mengenai hijab yang sah tetapi tidak diketahui masyarakat Muslim Malaysia. Filem ini mengetengahkan hujah bahawa apa yang dikatakan standard dan hukum hijab di Malaysia sebenarnya, hanya satu tafsiran daripada pelbagai tafsiran.
Bahagian Satu: Budaya bertudung: Dulu tak dosa, sekarang dosa
“Aku Siapa” membicara tentang isu ini pada dua “level” yang saling berkait.
  • Pertama, realiti kehidupan wanita Islam yang saling ditekan supaya “conform’ dengan norma bertudung.
  • Kedua perbincangan tentang aurat wanita yang rata-ratanya dimonopoli oleh suara lelaki yang majoritinya berpegang pada satu tafsiran dari teks agama.
Kepelbagaian pengalaman wanita Malaysia daripada bermacam latar belakang, umur dan kelas pendapatan dipaparkan supaya penonton memahami evolusi pemakaian wanita Islam. Gambaran ini mengisi kekosongan pemahaman umum tentang mengapa pada era sebelum 1980, majoriti wanita Islam Malaysia tidak bertudung dan amalan ini tidak dikecam oleh autoriti agama pada masa itu.
Tetapi adat memakai tudung mula berkembang pada abad 1980-an secara tiba-tiba sehingga ia menjadi norma. Budaya bertudung dipapar melalui wawancara dengan wanita Islam daripada pelbagai latar belakang dan strata dari profesional yang menetap di bandar sehingga ke pemimpin masyarakat desa.
Mereka menceritakan pengalaman bila tidak bertudung, bagaimana mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung dan bagi segelintir, apa yang membuatkan mereka berhenti bertudung. Banyak pengalaman yang menakjubkan seperti pelajar-pelajar universiti zaman sekarang yang diganggu briged ‘polis moral’ untuk menutup badan mereka walaupun dalam gelap dan semasa berada di kalangan wanita.
Malah, ulama seperti Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup berkata perempuan yang tidak menutup aurat patut dirogol. Pengalaman wanita Islam zaman sekarang dibandingkan dengan mereka yang didewasakan pada era sebelum 1980-an.
Kaum wanita di era 1960-an dan 1970-an menceritakan bagaimana tiada stigma langsung ke atas mereka yang tidak bertudung. Malah di sekolah agama, ustazah mereka sendiri tidak memakai tudung.
Lebih lagi filem menunjukkan bagaimana isteri-isteri pemimpin tersohor PAS Dr. Burhanuddin Muhammad Nur al-Hilmi dan Tan Sri Dr Mohd Asri Muda serta bekas ketua Kaum Ibu, Khatijah Sidek tidak memakai tudung.
Bahagian Dua: Antara budaya nusantara dan amalan padang pasir
Bicara tentang isu ini tidak lengkap tanpa analisis mendalam tentang debat hijab dan aurat yang berlaku antara ulama dan pakar syariah Islam. Kepelbagaian tafsiran terhadap ayat al-Quran yang menyentuh soal aurat dan hijab seperti dikatakan di atas menyelebungi budaya hijab di Malaysia sebelum tahun 1980-an.
Ia adalah sebab mengapa ustazah dan isteri ulama dulu tidak bertudung dan mengapa pada zaman itu adat ini tidak dipaksa ke atas wanita. Bagi mendapat perspektif alternatif tentang hijab, pembikin filem ke Indonesia untuk bertemu dengan ulama. Tetapi filem ini juga memaparkan pendapat ulama tanah air seperti bekas pengarah Jabatan Dakwah UKM, Nik Aziz Nik Hasan yang mempunyai interpretasi lain tetang hijab.
Ulama-ulama Indonesia seperti mantan menteri agama Prof Quraish Shihab, Prof Nasaruddin Umar dan Kiyai Husein Muhammad menghuraikan bagaimana tafsiran ayat-ayat al-Quran yang menyentuh soal aurat dan hijab berbeza di antara empat mazhab Islam yang dominan.
Ini kerana dalam tradisi ilmu pembelajaraan al-Quran terdapat dua golongan pemikiran yang besar iaitu ada golongan ulama yang membaca dan mentafsir ayat al-Quran secara “literal” dan golongan konteksual yang mentafsir ayat dengan melihat konteks sejarah dan keadaan sosial semasa ayat itu diturunkan.
Bicara tentang aurat dan hijab hanya melibatkan kurang daripada 10 daripada kesemua 6,666 ayat dalam al-Quran. Konsep aurat yang dominan di Malaysia lahir dari tafsiran golongan “literalist” yang mentafsir ayat-ayat tersebut tanpa mengambil kira budaya dan keadaan sosial negeri Arab.
Golongan kontekstual pula berpendapat konsep aurat itu berdasarkan budaya Arab. Lebih penting, ia bukan cara pemakaian yang seharusnya dikatakan “Islamik” atau khas untuk orang Islam sahaja.
“Jilbab (hijab) adalah budaya orang Arab yang dipakai sebelum kedatangan Islam. Ia dipakai kerana geografi dan cuaca di negara Arab. Wanita Kristian (Arab) juga memakai (jilbab),” kata Kiyai Husein.
Konsep aurat yang dominan di Malaysia lahir dari tafsiran golongan “literalist” yang mentafsir ayat-ayat tersebut tanpa mengambil kira budaya dan keadaan sosial negeri Arab. Golongan kontekstual pula berpendapat konsep aurat itu berdasarkan budaya Arab. Lebih penting, ia bukan cara pemakaian yang seharusnya dikatakan “Islamik” atau khas untuk orang Islam sahaja.
“Jilbab (hijab) adalah budaya orang Arab yang dipakai sebelum kedatangan Islam. Ia dipakai kerana geografi dan cuaca di negara Arab. Wanita Kristian (Arab) juga memakai (jilbab),” kata Kiyai Husein.
Konsep aurat yang diketengahkan oleh ulama golongan ini adalah kesopanan berdasarkan budaya setempat, bukan budaya yang diimpot dari luar. Ini bukan aliran interpretasi al-Quran yang baru. Malah, ia didokong ulama Malaysia seperti Nik Mohamad Salleh Wan Musa, anak kepada bekas mufti Kelantan Wan Musa Abdul Samad.
Pada 1960-an Nik Mohamad Salleh menulis sebuah risalah bertajuk “Aurat Perempuan” di mana dia membidas persepsi negatif terhadap wanita Islam Malaysia yang tidak memakai tudung. Pemakaian tudung, Nik Mohamad Salleh berkata, tidak wajib bagi wanita Islam kerana ia lahir dari interprestasi segolongan ulama yang memahami al-Quran secara literal.
Bahagian Ketiga: Authoriti siapa dan ke atas siapa?
Walaupun “Aku Siapa” berjaya mengetengahkan perspektif yang penting tentang aurat dan hijab yang selama ini ditindas penguasa/authoriti agama, ia juga mempunyai kekurangan. Dalam semangatnya untuk memaparkan perspektif alternatif itu, filem ini tidak memuatkan pendapat wanita Islam yang memakai tudung secara rela hati dan tanpa paksaan.
Apakah wanita Islam yang memakai tudung merasa keputusan mereka untuk berpakaian demikian hanya kerana dipaksa? Atau adakah mereka memakai tudung kerana mereka memilih budaya dan fesyen pakaian Arab sebagai identiti mereka?
Pendapat seperti ini boleh membuatkan wacana aurat dan hijab yang dicetuskan oleh “Aku Siapa” lebih holistik. Tetapi ini satu kritikan yang kecil berbanding dengan sumbangan mesej filem ini ke wancana tersebut.
Ini kerana konsep aurat dan hijab yang sepatutnya diterima sebagai hanya satu tafsiran daripada beragam tafsiran telah diterapkan sebagai satu standard yang tidak boleh dipertikaikan. Malah, kebanyakkan wanita Islam bertudung yang diwawancara dalam filem tidak dapat menunjukkan ayat al-Quran yang kononnya menyeru mereka berpakaian sedemikian.
Lebih penting lagi filem ini menunjukkan bagaimana standard itu sudah diserap ke dalam ‘public consciousness’ sehingga ia menjadi norma pakaian. Yang merisaukan adalah norma ini sudah diterima untuk semua wanita baik Islam atau bukan Islam.
Akibatnya sesuatu yang hanya patut diamalkan ke atas wanita Islam sudah mula dipaksa ke atas wanita bukan Islam. Bila ini berlaku, orang Islam di Malaysia harus memikir balik adakah cara mereka mempraktikan agama sejurus dengan nilai-nilai tunjang Islam yang antaranya adalah “tiada paksaan dalam agama.”
Filem “Aku Siapa” mengajak orang Islam Malaysia memulakan proses pemikiran balik itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...