Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010


'PUZZLE' NASIB
Konsep
Slot
Peralatan

Anggota
'Outdoor' (Padang / Pantai) atau 'Indoor' (Dewan)
Pembentukan Kumpulan
Gambar spesis hidupan marin (Saiz A4)
Gunting
Fasilitator
Objektif
  1. Pemilihan kumpulan bergantung kepada nasib gambar mana yang mereka dapat.
  2. Tiada unsur pilih kawan.
  3. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan di mana peserta akan membentuk gambar spesis.
  4. Menguji kecekapan.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator di tengah bulatan.
  2. 4 keping gambar terlebih dahulu dipotong 10 bahagian dalam pelbagai bentuk.
  3. Potongan gambar diselerakkan dan diterbalikkan dengan permukaan menghadap ke bawah di tengah bulatan.
  4. Apabila wisel dibunyikan semua peserta akan mengambil hanya sekeping gambar. Kemudian setiap peserta akan mencari kumpulan gambar yang sama bagi membentuk kembali menjadi sekeping gambar asal.
  5. Apabila kumpulan telah dibentuk. Asingkan setiap kumpulan dan beri masa 5 minit untuk menubuhkan nama kumpulan dan melantik ketua kumpulan.
Reflek
  1. Setiap kumpulan perlu ada seorang ketua yang akan mengemudikan sesebuah kumpulan. Ketua Kumpulan perlu bertanggungjawab terhadap apa-apa masalah ahli kumpulan. Buat checking sebelum dan selepas setiap aktiviti bagi memastikan setiap ahli dalam keadaan sihat dan selamat.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...