Ahlan Wasahlan

Sabtu, 30 Oktober 2010


AWAS! Anda Sedang Diperhatikan
Objektif:
Menimbulkan kesedaran agar sentiasa menjaga tingkahlaku dalam setiap urusan kita kerana ada malaikat yang sentiasa memerhati dan mencatat amalan kita.
Material:
Terjemahan Al-Qur’an
Perlaksanaan:
  1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan bertanya, ”Apabila anda memandu dan lampu isyarat masih berwarna merah, adakah anda akan melanggar lampu merah bila mendapati terdapat kamera?” Minta pendapat peserta.
  2. Fasilitator menambah, ”Apabila anda di jalanraya dan anda sedang memandu melebihi had laju, tiba-tiba anda nampak polis mengadakan ’speed trap’ adakah anda akan teruskan dengan kelajuan tersebut?” Minta pendapat peserta.
  3. Fasilitator menambah lagi,”Anda sedang menyapu sampah dengan malas kerana disuruh, tiba-tiba kawan perempuan yang anda minat sedang lalu dihadapan rumah anda. Apakah biasanya yang anda lakukan?” Minta pendapat peserta.
  4. Fasilitator bertanya, ”Agak-agak la kan, kenapa tanya soalan-soalan tadi kepada anda semua.” Minta pendapat peserta lagi.
  5. Fasilitator menyambung,”Buka Terjemahan Al-Qur’an Qaf 50:18”
  6. Setiap peserta diminta berbincang apa yang mereka faham dari ayat tersebut.
  7. Perbincangan:
    1. Apakah kesan seseorang percaya kepada malaikat?
    2. Jika kita mengetahui malaikat sentiasa memerhatikan kita, kenapa kita tidak ada perasaan malu atau takut? Padahal kita malu atau takut dengan manusia, polis dan penguatkuasa?
    3. Atau anda sekadar tidak ambil peduli???
Kesimpulan:
Kita perlu sentiasa menjaga kelakuan dan tingkah laku kita. Satupun tidak akan terlepas dari catatan malaikat. Berubahlah menjadi lebih bai




2 Tabiat Mengubah Dunia
Objektif:
Menjana kreativiti peserta dalam mempelbagaikan cara berbuat kebaikan.
Material:
-tiada-
Perlaksanaan:
  1. Fasilitator bertanya,” Pernahkah anda mendengar tentang dua tabiat yang jika dibuat akan mengubah dunia?”
  2. Minta respons peserta.
  3. Fasilitator menambah, “Antara dua tabiat yang mengubah dunia ialah apabila anda melihat pili air menitiskan air, maka anda menutupnya.Jika anda melihat elektrik yang tidak digunakan, maka anda menutupnya. Kita tidak akan berbncang mengenai tabiat ini. Tetapi anda diberikan satu amanah. Setiap kali anda melihat air menitik dari pili atau elektrik yang tidak digunakan, maka anda perlu lakukan sesuatu.”
  4. Peserta diberi masa seminggu untuk melakukan apa yang diamanahkan kepada mereka.
  5. Selepas seminggu minta pendapat peserta.
  6. Perbincangan:
    1. Adakah anda rasa 2 tabiat yang mula anda lakukan ini akan mengubah dunia?
    2. Jika semua orang di dunia mmepunyai sikap seperti ini apa yang akan terjadi pada dunia?
    3. Anda diberi masa 15 minit untuk mencadangkan satu tabiat yang boleh mengubah dunia.
Kesimpulan:
Lakukan kebaikan sekreatif mungkin moga-moga kebaikan itu akan diikti dan berterusan




Oh! Kesian..
Objektif:
Menimbulkan kesedaran berdakwah kepada peserta.
Material:
-tiada-
Perlaksanaan:
  1. Fasilitator bertanya, ”Apakah perasaan anda pada pendakyah kristian yang melakukan dakyah untuk menarik orang memeluk agama kristian?”
  2. Minta pendapat peserta.
  3. Fasilitator menyambung, ”Apabila ditanya kepada mereka ini jawapannya.
”Sesungguhnya kami kesian kepada orang bukan kristian. Jika mereka tidak menerima Jesus sebagai Penyelamat Mereka, maka mereka akan masuk neraka. Kami tak sampai hati melihat anda masuk ke neraka jadi kami ingin menarik anda ke arah kebenaran kerana kami sayang kepada anda”
Jadi persoalan saya sekarang, adakah sebenarnya mereka jahat?”
  1. Minta pendapat peserta.
  2. Perbincangan:
    1. Kita mengaku Islam adalah agama yang benar tetapi mengapa kita tidak bersungguh-sungguh seperti mereka yang duduk di djalan yang salah?
    2. Kita marah kepada mereka tetapi sedar atau tidak kita tidak pernah berasa kasihan kepada mereka?
    3. Adakah anda akan melakukan sesuatu selepas ini? Atau anda sekadar tidak ambil peduli?
Kesimpulan:
Lakukan usaha dakwah kepada manusia yang masih jauh dari agama Allah



Sapa Kata Tak Boleh?
Objektif:
Menunjukkan manusia mampu pergi lebih jauh dari apa yang difikirkannya.
Material:
Pita pelekat berwarna.
Perlaksanaan:
  1. Fasilitator meminta peserta beratur menghadap dinding.
  2. Setiap peserta diminta menyentuh dinding setinggi mana yang mereka mampu.
  3. Setiap ketinggian yang mampu dicapai oleh hujung jari mereka akan ditandakan.
  4. Kemudian, setelah selesai semua peserta ditanda. Fasilitator akan menaikkan aras ketinggian sebanyak 5 cm bagi setiap ketinggian tadi yang telah dicatat.
  5. Para peserta diminta mencuba semula ditempat mereka diukur tadi untuk mencapai ketinggian baru yang dinaikkan.
  6. Perbincangan:
    1. Adakah semua peserta mampu mencapai aras yang ditinggikan?
    2. Apa yang perlu dibuat oleh semua orang untuk memastikan mereka dapat memegang ketinggian baru?
    3. Begitulah kehidupan kadangkala, kita fikirkan yang kita hanya mampu berusaha sehingga ke satu tahap sahaja. Sebenarnya jika lebih bersungguh-sungguh dan bersusah sedikit kita akan mendapat lebih dari yang kita rasa kita mampu.
    4. Allah kadangkala memberikan pelbagai ujian, amanah dan tanggungjawab yang pada pandangan kita tiada kemampuan. Sebenarnya jika kita ingin berusaha dan memperbaiki diri kita akan dapat menanggungnya..
Kesimpulan:
(Surah Al-Baqarah, 2:286)




0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...