Ahlan Wasahlan

Jumaat, 26 November 2010

Misi Rahsia Yahudi Dalam Walt Disney (Bahagian 1)


disney
Seperti yang diketahui, pengasas Walt Disney Picture dan Disneylandadalah seorang Yahudi Zionist yang sejati. Bukan itu sahaja, malah Walt Disney juga seorang gay atau homoseksual. Jadi tidak hairanlah semua filem-filem kartunnya menerapkan ciri-ciri homoseksual dan pornografi tanpa disedari oleh ibu bapa tetapi disedari oleh anak-anak mereka.
(Gambar) Pastor Josue Yrion
Di bawah ini saya pamerkan suatu pembentangan umum oleh saudara Pastor Josue Yrion yang membongkar matlamat rahsia kartun-kartun terbitan Walt Disney itu.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=fWZYiADYtHE]
Pada gambar di bawah, dapat dilihat bahawa pereka kartun Roger Rabbit sengaja membuatkan watak perempuan tersebut berada dalam keadaan mengghairahkan. Kita mungkin tidak perasan perkara-perkara seperti ini kerana kita tidak menunggu gambar kartun berputar sehingga tamat bersama anak kita. Kita hanya membiarkan mereka melihat seorang diri.
Kekejiaan Yahudi Walt Disney ini tidak sahaja ditonjolkan dalam kartun tetapi diberikan penerapan di luar pawagam terutamanya di taman tema Disneyland. Lihat gambar budak perempuan di bawah yang menaiki patung mainan elektrik. Lihat pada gaya kedudukan Donald Duck tersebut. Dalam banyak-banyak kedudukan, kenapa pereka patung tersebut membuat gaya kedudukan sedemikian? Mungkin anda boleh jawab…
Kita biasanya tidak melihat design mesin elektrik tersebut kerana sibuk melihat telatah anak kita menaikinya. Tetapi lain bagi kanak-kanak, apabila mereka duduk di atas patung seperti itu atau mana-mana patung lain, mereka akan menghafal bentuk kedudukan patung dan rupa parasnya sekali.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak atau abang / kakak yang mempunyai adik-adik kecil, diharap agar lebih teliti dan sensitif dalam ruang persekitaran. Janganlah semata-mata untuk membuatkan anak-anak kita tida menganggu di dapur maka kita menyajikan mereka dengan kartun-kartun di Astro tanpa berfikir panjang.
PS: mudah-mudahan kita menjadi umat Islam yang sentiasa mengkaji dan memerhati bukannya menelan ludah Yahudi barat.
Wassalam..


Agenda Rahsia Dalam Twitter


tweet_conspiracy
Temuramah antara stesen TV Fox News (Amerika) dengan Dr. Keith lowmembuktikan bahawa Illuminati mempunyai agenda tersembunyi yang tidak disedari oleh masyarakat dalam teknologi Twitter.
Agenda tersembunyi Illuminati ialah mereka cuba menjadikan Twitter sebagai alat perantara untuk mengenal pasti dan menganalisis keadaan ‘mood’ masyarakat Amerika mengikut waktu. Mereka juga cuba melihat ‘mood’ manakah yang mengambil tempoh masa yang paling panjang dalam 24 jam.
Keadaan ini walaupun masih dalam bentuk persoalan, tetapi ia seolah-olah sudah mendedahkan rangka-rangka perancangan level mikro para pasukan Illuminati. Ianya jelas menunjukkan rakyat Amerika tidak lebih kepada suatu bahan ujian untuk para jurutera Illuminati menguji pelbagai aplikasi.
Rujuk link ini.
Ia tidak lebih seperti Facebook yang mana pengasasnya sendiri iaitu Zuckerberg menyindir ahli-ahli Facebook dalam satu chatting pada awal 2004 dahulu. Ketika itu beliau baru berumur 19 tahun. Di bawah adalah perbualan Zuckerberg dengan salah seorang kenalan yang tidak dikenali berkaitan Facebook awal ciptaannya.
Zuck: Yeah so if you ever need info about anyone at Harvard
Zuck: Just ask.
Zuck: I have over 4,000 emails, pictures, addresses, SNS
[Redacted Friend's Name]: What? How’d you manage that one?
Zuck: People just submitted it.
Zuck: I don’t know why.
Zuck: They “trust me”
Zuck: Dumb f**ks
Perbualan ini telah didedahkan oleh akhbar Business Insider pada 13 Mei 2010.
Wallahu’alam…

Misi Rahsia Yahudi Dalam Walt Disney

 



Karektor kartun POOH atau Winnie The Pooh memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak dan orang dewasa sekarang ini. Kartun ini sudah lama bertapak di kaca-kaca televisyen semenjak 15 tahun lalu melalui penerbit kartun terkenal Walt Disney Picture.
Kemasyuran watak Pooh ini lebih dirasai apabila ramai pengeluar-pengeluar barangan mainan mengeluarkan patung-patung comel karektor Pooh.
Pada sedutan filem di atas menunjukkan Winnie sedang mempamerkan aksi-aksi pemujaan Syaitan dengan menyebut Satan! Satan! berulang-ulang kali. Winnie juga berdialog sendirian mengatakan dia harus meminta pertolongan dariSyaitan.  Dalam video di atas, suara Winnie diperlahankan kelajuannya supaya perkataan yang disebut lebih jelas.
Kaitan Antara Pemujaan Syaitan dan Walt Disney ialah masyarakat Yahudi sejak dari zaman Nabi Ibrahim memang terkenal dengan pemujaan Syaitan dalam amal ibadat mereka. Upacara pemujaan dalam agama Yahudi didokong oleh fahaman Kabbalah. Amalan Kabbalah masih diamalkan oleh masyarakat Yahudi sekarang terutamanya pada hari Pesta Purim.
Kartun Winnie the Pooh mula diperkenalkan pada 1926 oleh A.A Milne danE.H. Shepard manakala filem kartun ini diterbitkan pertama kalinya olehWalt Disney Company. Pada 1950-an, Winnie The Pooh menduduki carta kartun paling popular di seluruh dunia. Pooh juga dianugerahkan Hollywood Walk of Fame pada 11 April 2006.

P/s : video ini sebenarnya telah diedit oleh pihak tertentu dan watak Pooh tidak menyebut satan! satan!, namun kami paparkan juga kerana ingin mengajak para pembaca agar tidak menjadikan watak beruang ini kegemaran anak-anak kita.


P/s : video ini sebenarnya telah diedit oleh pihak tertentu dan watak Pooh tidak menyebut satan! satan!, namun kami paparkan juga kerana ingin mengajak para pembaca agar tidak menjadikan watak beruang ini kegemaran anak-anak kita.
maksudnya sebenarnya, pooh tidaklah menyebut satan!satan! tetapi semua itu telah diedit? boleh berikan penjelasan agar tiada silap dalam pemahaman ana. untuk dismpaikan juga pada orang lain..!
syukran,ya….

Ahad, 14 November 2010

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Monolog – Ainul Mardhiah



Ada yang bertanya, akhwat bagaimana idaman kalbu ana? Soalan ni senang sahaja untuk dijawab. Tentulah 4 sifat yang disabdakan Ar-Rasul dalam hadis riwayat bukhari (Harta, Keturunan, Kecantikan, Agama). Tapi, cukup ke semua tu?
Mana boleh ek?
Kita dah la nak tatap muka dia setiap hari.. Pagi, petang, siang, malam. Mana boleh kita amik mudah je perkara ni..
Sudah pastinya, seorang akh yang ditarbiyyah dan faham memahami kehendak masing-masing. Suka hati la kan? Pilihan di tangan kita (Asy-Syam:8-10).
Kalaulah diberi pilihan,,, ana nakkan isteri yang sangaaat cantik, secantik Puteri Diana atau Miss Universe 2008. Matanya jernih, secantik mutiara, seanggun mata Zinnirah. Dahinya licin bersih, bebas dari sebarang inflamasi, apatah lagi jerawat batu. Pipinya putih gebu, berlesung pipit. Tang tersipu, berubah merah ibarat Aisyah Humaira. Semestinya seanggun Ratu Cleopatra, menjadi buah mulut seluruh bumi agung Mesir. Lagi muda lagi bagus, paling kurang 5 tahun la lagi muda…
Kalau diberi pilihan,,, ana impikan isteri yang sangaaat kaya. Tidak kalah hartanya dek harta Ratu Balqis. Berderet pesuruh yang akan menyenangkan kehidupan ana ni. Baru boleh ana fokus dakwah ni. Takyah fikir pasal kerete, servis kereta, minyak kereta, tol, sewa rumah etc. Bila-bila masa je boleh buat jaulah, daurah etc. Boleh infaq duit banyak-banyak untuk ikhwah. Supaya makin licin dakwah kami ni. Biiznillah.
Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang sangaat hebat! Seorang hafizah, fikrahnya mantap, tarbiyyahnya teliti. Kefahamannya memandu setiap gerakan dakwahnya yang tidak kenal henti. Setiap kata-katanya sarat makna, ucapannya penuh semangat, menggetarkan sekalian audien yang mendambakan tarbiyyah.
Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang penuh nilai seorang suri rumah. Setiap masa tanpa kenal penat lelah menjaga anak-anak. Setiap masalah anak-anak diteliti dan segala makan minum pakai kami anak beranak dihiraukannya. Bab memasak, tak perlu beritahu laa. Segala jenis masakan dikuasainya. Dari masakan timur ala minangkabau dan padang besar, hinggalah masakan barat moscow semuanya di hujung jari insan bernama isteri ini. Dialah naqibah di rumah, mentarbiyyah anak-anak, dari segala aspek.
Banyak lagi ciri-ciri idaman yang ingin ana tulis, sekadar ingin mewakili diri menyatakan betapa besarnya cita-cita yang tertanam sejak bergelar lelaki bujang ni. Apa yang ditulis di atas sekadar menulis sedikit yang kini terfikir di benak pemikiran ana.
Ikhwah akhwat sekalian,
Sesungguh ana tahu, hanya seorang sahaja yang mampu memuaskan nafsu liar seorang lelaki, jika itulah pemandu hatinya.
Jika inilah dia garisan syarat-syaratnya… hanya seorang sahaja yang mampu memenuhinya:::
Bidadari
Ya Allah, alangkahnya tertipunya aku ya Allah dengan dunia ciptaan-Mu yang fana ini!
Alangkah aku menyangka aku akan hidup selamanya di dunia ini. Menipu diri ini. Sedang kelak ia akan sirna, seperti yang lain jua.
Sungguh aku lupa yang bukan dunia ini matlamatku, sekadar jambatan ke akhirat.
Mustahil akan ku ketemu seorang insan sesempurna kerana tetaplah ia insan kerdil di sisiMU.
Yang ada hanya syurgaMu yang tak tertanggung enaknya. Betapa lazatnya setiap sungai yang mengalir, indahnya bidadari yang menghiasinya.
Layakkah aku untuk, walaupun sekadar untuk berniat memilikinya kelak? Betapa rendahnya diriku ini disisi-Mu.
“Sungguh, orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan”
“Kebun-kebun dan buah-buah anggur”
“Dan gadis-gadis montok yang sebaya”
“Dan gelas-gelas yang penuh”
“Di sana mereka tak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta”
(An-Naba’:31-35)
“Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan”
“Dan dia memberi balasan kepada mereka kesabarannya surga dan sutera”
Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat matahari dan tidak pula merasa dingin yang berlebihan”
“Dan naungannnya dekat di atas mereka dan dipermudahkan-semudahnya untuk memetiknya”
Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksanan kristal”
“Kristal yang jernih terbuat dari perak, mereka tentukan ukuran yang sesuai”
“Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe”
“Sebuah mata air yang bernama Salsabil”
“Dan mereka dikelilingi oleh pemuda-pemuda yang tetap muda…”
(Al-Insan: 11-19)
(dakwah.info/karya)

SALMAN AL FARISY


SALMAN AL FARISY

Kisah ini adalah kisah nyata pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman SALMAN AL FARISY
Marilah kita simak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya.
Kata Salman, “Saya pemuda Persia, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapak saya Kepala Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Saya adalah makhluk yang paling disayangi ayah sejak saya lahir. Kesayangan beliau semakin bertambah besar sejalan dengan pertumbuhan diri saya, sehingga kerana teramat sa yangnya, saya dipingitnya di rumah seperti anak gadis.
Saya membaktikan diri dalam agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsa saya). Saya diangkat menjadi penjaga api yang kami sembah, dengan tugas menjaga api itu supaya menyala siang malam dan agar jangan padam walau pun agak sejenak.
Ayahku memiliki perkebunan yang luas, dengan penghasilan yang besar pula. Kerana itu beliau mukim di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapak pulang ke desa untuk suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, “Hai anakku! Bapak sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus perkebunan kita hari ini menggantikan Bapak’’
Aku pergi ke perkebunan kami. Dalam perjalanan ke sana aku melewati sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sermbahyang. Suara itu sangat me narik perhatianku.
Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapak di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapa saja. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku masuk ke gereja itu untuk mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Setelah kuperhatikan, aku kagum dengan cara sembahyang mereka dan ingin masuk agamanya.
Kataku, “Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami. “Aku tidak beranjak dari gereja itu sampai petang. Sehingga aku tidak jadi pergi ke perkebunan.
Aku bertanya kepada mereka, “Dari mana asal agama ini?”
“Dari Syam (Syria),” jawab mereka.
Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapak menanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.
Jawabku, “Wahai, Bapak! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku senantiasa berada di gereja mereka sampai petang.”
Bapak memperingatkanku akan perubatanku itu. Katanya, “Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!”
Jawabku, “Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita.”
Bapak kuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anut. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.
Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka, bila ada kafilah yang hendak pergi ke Syam supaya memberi tahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku. Maka kuputus rantai yang membelenggu kakiku sehingga aku bebas. Lalu aku pergi bersama-sama kafilah itu ke Syam.
Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, “Siapa kepala agama Nasrani di sini?”
“Uskup yang menjaga “jawab mereka.
Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, “Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan Anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama Anda.”
‘Masuklah!” kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.
Belum begitu lama aku membaktikan diri kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama’ahnya bersedekah dan mendorong ummatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul tangan Uskup, disimpannya saja dalam perbendaharaannya tidak dibagi-bagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah menumpuk sebanyak tujuh peti emas. Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang memperkaya diri sendiri itu. Tidak lama kemudian iapun meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak mengu burkannya.
Aku berkata kepada mereka, ‘Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin.”
Tanya mereka, “Bagaimana kamu tahu demikian?” Jawabku, “Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya.”
Kata mereka, “Ya, tunjukkanlah kepada kami!”
Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, “Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!”
Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.
Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, “Wahai Bapak! Kepada siapa Bapak mempercayakanku seandainya Bapak meninggal. Dan dengan siapa aku ha rus berguru sepeninggal Bapak?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!”
Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah me ninggal itu.
Kata pendeta Mosul, “Tinggailah bersama saya.”
Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, “Sebagaimana Bapak ketahui, mungkin ajal Bapak sudah dekat. Kepada siapa Bapak dapat mempercayakan ku seandainya Bapak sudah tak ada?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!”
Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.
Kata pendeta Nasibin, “Tinggallah bersama kami!”
Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar kepadanya sampai dia wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, “Bapak sudah tahu perihalku Maka kepada siapa Bapak dapat mempercayakanku seandainya Bapak meninggal?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah dia!”
Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.
Katanya, “Tinggallah bersama kami!
Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, “Anda sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayakan seandainya Anda meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?”
Katanya, “Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim. Kemudian dia akan pindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat cap kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!”
Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu serombongan saudagar Arab dan kabilah “kalb” lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, “Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku.”
Jawab mereka, “Baiklah! Kami bawa engkau ke sana.”
Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual mereka kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai budak belian. Pada suatu hari anak paman majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya kepada majikanku. Aku pindah dengan majikanku yang baru ini ke Yatsrib. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.
Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi beliau masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da’wah yang beliau 1ancarkan kerana aku selalu sibuk dengan tugasku sebagai budak. Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah pindah ke Yatsrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak pamannya mengatakan, “Biar mampus Bani Qaiah! Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan laki-laki dari Makkah yang menda’wahkan dirinya Nabi.”
Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku bisa menimpa ma
1) Wadil Qura, sebuah lembah antara Madinah dan Syam.
2) Bani Qailah, iaitu kabilah Aus dan Khazraj
jikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, “Apa kabar ANda? Cobalah kabarkan kembali kepadaku!”
Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, “Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!”
Besok kuambil buah kurma seberapa yang dapat kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah.
Kataku “Aku tahu Anda orang saleh. Anda datang bersama-sama sahabat Anda sebagai perantau Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekah bagi Anda. Aku lihat Andalah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain.” Lalu aku sodorkan kurma itu kehadapannya.
Beliau berkata kepada para sahabatnya, “silakan kalian makan,…!” Tetapi beliau tidak menyentuh sedikit juga makanan itu apalagi untuk memakannya.
Aku berkata dalam hati, “Inilah satu di antara ciri cirinya!”
Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang dapat kukumpulkan. Ketika Rasulullah pindah dari Quba’ ke Madinah, kubawa kurma itu kepada beliau.
Kataku, “Aku lihat Anda tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk Anda.”
Rasulullah memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan beliau mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengan dia. Kataku dalam hati, “ini ciri kedua!”
Kemudian kudatangi beliau di Baqi’, ketika beliau mengantarkan jenazah sahabat beliau untuk dimakamkan di sana. Aku melihat beliau memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada beliau, aku berjalan mengitari sambil menengok ke punggung beliau, untuk melihat cap kenabian yang dikatakan guruku. Agaknya beliau tahu maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti punggungnya, sehingga aku melihat dengan jelas cap kenabiannya.
Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku langsung menggumulnya, lalu kuciumi dia sambil menangis.
Tanya Rasulullah, “Bagaimana kabar Anda?”
Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat beliau. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.
Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...