Ahlan Wasahlan

Jumaat, 2 Disember 2011

Mahkamah Hati, Jalan Ketaqwaan [Cerpen]


 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Orang kata, wanita yang memakai purdah ni cantik di pandangan manusia, selalu membuatkan orang tertarik, dan menarik minat untuk berkenalan.

Suara hati, "Astagfirullah, memang cantik, tapi sepatutnya kecantikan perhiasan itu hanya kepada yang berhak, iaitu suami"

Orang kata, macam mana nak cari jodoh, kalau muka bertutup, nanti susahlah orang nak tengok muka.

Suara hati, "Aish, siapa kata? Jika dah memang termaktub pada sekian, sekian hari kita bertemu jodoh, walau selubung satu badan pun, tetap akan bertemu jua. Urusan jodoh kan urusan Allah, DIA pandailah nak mengaturkan, kenapa mesti kita yang mengaturkan?"

Orang kata lagi, takpalah letak gambar di profile laman social sebab orang tak nampak pun muka. Jadi, terhindarlah dari mendapat fitnah.

Suara hati, "Allah, jahilnya siapa yang menyangka macam tu. Bila dah menarik perhatian orang tuh, tak ke dah masuk ke dalam tabarruj walaupun pakai selubung macam mana pun. Yelah, menarik perhatian, nanti ada pulak yang mengekor..tak gitu?"

Mata merenung, sambil akal berfikir, hati pula berkecamuk di dalam mahkamah. Sedang berperang.

"Ish, cantiknya lah hai gambar akhwat(wanita) ini. Nak add lah" dan tangan dah pun menggerakkan tetikus ke icon Add friend.

"Wah, yang ni lagi cantik. Ish, betullah orang cakap, wanita ni nampak cantik bila berpurdah" dan tangan bergerak lagi ke icon yang sama, Add friend.

"Wah, ramainya kawan dia.." Sekali lagi, takjub dengan bilangan kawan yang ada di dalam list friend wanita berpurdah ini.

"Eh, eh, kat wall ni...ah, confirm, ni mesti tunang dia sebab dia tak tulis pun married" sambil bibir terukir senyuman.

Tiba-tiba, terdetik di dalam hati, "Tapi, kalau wall dia macam ni, apa beza dia dengan perempuan yang tak pakai purdah. Sama je. Dorang pun berdaring kat wall, cumenya, yang wanita ni cuma nampak macam islamik je..Emh.."

"Alah, islam ni kan berkasih sayang. Lagi pun, diaorang bukannya tulis daring2 pun, diaorang cuma bertukar-tukar nasyid, kata-kata hikmah, alar, biasalah lah tuh, selagi tak terbabas" terdengar kata-kata akal. Ah, di dalam mahkamah lagi.

Tiba-tiba, ingatan tertuju kepada satu perbualan dengan seorang sahabat. "Napa aku tengok kau dengan tunang kau, tak macam dah bertunang je?"

"Apa maksud kau?"

"Yelah, cuba kau tengok, orang yang dah bertunang, kat wall FB, sibuk bagi kata-kata hikmah tulah, tuju lagulah."

Tersenyum.

"Tirah, aku bagi dan buat semua tuh, tapi secara sorok-sorok. Dan tak diketahui orang. Aku lebih ikut apa yang Nabi kata, bertunang itu menyorok dan yang patut diwar-warkan adalah perkahwinan. Bila Nabi dah kata, mesti ada keberkahannya, percayalah"

Terkedu. Melihat perbicaraan yang semakin hangat, lalu tangan beralih ke tetingkap lain.

"Wah, ah, confirm, laki ni mesti nak mengorat wanita ni. No wonder lah, akhwat ni, pakai purdah, memang nampak cantik pun" kali ini, bibir itu tersengih.

"Tapi, kalau pun nak mengorat, janganlah di khalayak tontonan ramai macam ni. Andai kata akhwat tuh tak berkenan, tak pasal-pasal je kene tazkirah panjang di khalayak ramai juga. Allah" hati mula mengeluarkan hujjah.

"Eh, hak masing-masinglah. Jodoh ni kan kita tak tahu dari arah mana. Manalah tahu kalau dia cuba mencuba macam tuh, masuk jarum? Haaa, kan namanya jodoh camtu" satu suara liar pula sedang menindas kata hati. Ah, masih tiada idea untuk membalas balik, dan sekali lagi, berlalu ke wall sendiri. Letih dengan perbalahan antara hati, fikiran dan satu suara yang tidak dikenali.

Merenung dan memerhatikan wall sendiri. Sunyi. Tiada apa-apa isu perbincangan. Gambar profile apa tah lagi, langsung tidak menarik perhatian orang. Sedangkan dia seorang yang seperti mereka juga, memakai purdah tapi, di dalam list friend nya??

"Alar, kau tukarlah gambar profile kau, confirm akan berderu orang nak add kau sebagai kawan dia" ah, kembali lagi suara liar ini.

"Jangan, jangan. Kau kan seorang wanita yang sedang mengejar keredhaanNYA. Nabi dah pesan, wanita itu bersifat menyembunyi dan tersembunyi. Jangan, jangan kau ikut kata itu. Kau itu dijadikan oleh Allah suatu makhluk yang sangat mahal di sisiNYA, cuma kau perlu mujahadah. Ingat, mujahadah itu memang pahit kerana syurga itu manis" dan setitis air mata jatuh, mengesat.

"Aku kene kuat, aku kene kuat"

Ingatan mula memainkan peranan.

"Akak, kenapa saya tengok akak ni terlalu menjaga ea?"

"Tirah, biarlah orang nak kata akak ni syadid ke atau tertutup ke, tapi akak tahu, bila akak bersungguh menjaga begini, Allah pasti akan bagi yang terbaik dalam perkahwinan akak nanti"

Dan berderulah air mata itu. Mengucap puji dan puja kepadaNYA atas pertolonganNYA yang sentiasa menguatkannya untuk mujahadah.

"Abang, buat apalah adik mashyur di dunia kalau di kalangan penduduk langit, adik mendapat laknat. Allah.." Satu masa, dia pernah menuturkannya, dan sekali lagi, kenangan sedang membantu.

"Allah, dik. Abang yang belajar dalam bidang agama pun tidak terfikir sampai macam tuh. Allah, semoga Allah memberkati adik"

Ya, biarlah tiada siapa pun yang tahu dan kenal aku, kerana hidup ini bukan untuk mencari kemasyuran, tapi untuk mencari keredhaan Ilahi. Ya, itulah matlamat dan tujuan walau dalam apa jua cara dan bentuk, aku hidup untuk berdakhwah, bukan mempamerkan siapa yang sedang berdakwah.

Allah, hati bersujud syukur. Hakim telah pun memutuskan keputusan dari perbicaraan.

"Ukhti tahu tak apa yang dimaksudkan dengan ketaqwaan?" dia bertanya kepada sahabatnya, Ukhti Iman Hidayah.

"Ana belum faham lagi, ukhti. Ukhti bagilah tahu"

Tersenyum.

"Ketaqwaan ini, di saat kita menghadapi satu masalah, kita mencuba pelbagai cara mengikut syariat Islam untuk menyelesaikannya, tapi masih juga tidak berhasil. Dan satu-satunya jalan yang kita ada, jalan itu sama ada boleh dan tidak boleh, maka, jika kita bertaqwa, maka, kita lebih mengambil langkah tidak boleh, dan bersabar mengharapkan bantuan Allah untuk membantu menyelesaikan. Itulah ketaqwaan"

Dia melihat sahabatnya, dan tersenyum lalu menyambung semula.

"Begitulah yang telah termaktub di dalam al-Quran, surah at-Thalaq, ayat 2, Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."

Dan akhirnya, dia menutup komputer ribanya, dan mengambil wudhuk, melakukan solat taubat dan bersujud syukur.


Terima kasih ya Allah, dalam setiap jalan, KAU seringkali membantu aku. Syukrillah.



undefined


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...