Ahlan Wasahlan

Sabtu, 18 September 2010


Di sebalik kewujudan Twitter



Ditubuhkan       2006
Ibu pejabat       San Francisco, California, USA
Orang utama   Jack Dorsey(chairman), Evan Williams(ceo),
                         CE Biz Stone(Creative Director)
Industri             mobile Perkhidmatan rangkaian sosial, micro-blogging
Pekerja            74 orang

Pengenalan ringkas :

Twitter merupakan perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan pengguna meghantar dan membaca mesej yang  dipanggil tweet, iaitu pesanan teks selebih-lebihnya 140 aksara
yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang
dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan kawan-kawannya, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web.

Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet", ia  merupakan salah satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia, mengikut analisa trafik web Alexa.rangkaian sosial ini mula-mula menjadi popular di kalangan sektor perniagaan dan berita.



Twitter sebagai penghantar "doa bagi kaum Yahudi" :

Seorang pencetus idea Alon Nil, mengatakan bahwa kaumYahudi kini boleh mengirimkan doa mereka melalui perantara Twitter, doa-doa mereka kemudian akan dicetak, lalu dibawa ke tembok ratapan, dimana kemudian, kertas cetakan tersebut akan bercampur dengan ribuan kertas tulisan tangan yang dimasukkan oleh para pengunjung yang meyakini bahwa permintaan mereka akan dikabulkan dengan lebih cepat oleh Tuhan jika memasukkan permohonan ke tembok tersebut.

Tembok ratapan kini sudah memiliki akun tersendiri di situs jejaring sosial
Twitter. Hal tersebut berarti bahwa orang-orang Yahudi yang ada di seluruh
dunia dapat mengirimkan doa mereka kepada susunanbatu yang kabarnya
berusia 2.000 tahun tersebut tanpa harus beranjak dari sofa mereka.

“Sebutkan satu nama negara, saya sudah pernah mendapatkan doa dari negara
  tersebut,” katanya.
“Saya berharap bahwa dengan mengirimkan doa melalui Twitter, maka kaum
 Yahudi dapat merasa terbantu. Jika seorang Yahudi memiliki keinginan, ia
 tinggal menuliskannya dalam 140 karakter atau kurang, maka ia sudah bisa
 langsung mengirimkannya.”

Seorang Yahudi yang hanya menyebut diri sebagai Yonatan yang bersedia
mempublikasikan doanya agar dapat terlihat oleh umum.

“Terpujilah Hashem atas segala yang telah ia berikan kepada saya, semoga
  ia memberkati segala usaha saya dan membimbing saya menuju kebijakan
  dan kebenaran,”
  ia mempergunakan sinonim dari Tuhan dalam bahasa Ibrani.

Tembok ratapan di Kota Tua Jurussalem, adalah satu-satunya yang tersisa
dari bekas kuil Yahudi.Mereka meyakini bahwa Kuil Solomon dihancurkan
oleh bangsa Babilonia pada tahun 586 sebelum Masehi.Dan kuil kedua,
yang dibangun di lokasi yang sama, dihancurkan oleh pasukan Roma pada
tahun 70 Masehi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, Yayasan Warisan Budaya Tembok
Ratapan,telah mengoperasikan sebuah nomor fax dan sebuah situs internet
dimana orang-orang Yahudi dari luar negeri bisa mengirimkan doa mereka
dan kemudian dicetak danditempatkan di celah-celah tembok ratapan.

Dua kali setahun, tepat pada perayaan Passover pada musim semi dan tahun baru Yahudi pada musim gugur, para rabbi di tembok tersebut mengumpulkan seluruh kertas catatan, yang kemudian dikuburkan sesuai dengan adat Yahudi  yang melarang penghancuran tulisan yang menyebutkan Tuhan, seperti gulungan Torah yang rusak, buku-buku doa, dan bacaan keagamaan lainnya.

Nil mengatakan bahwa dirinya berharap agar pihak sponsor bersedia membayar seseorang untuk membantu mengelola situs tersebut atau membeli sebuah layanan programming yang akan secara oromatis mencetak doa-doa Yahudi tersebut.

maklumat lanjut:
                        
suara media Islam

Bagaimana penjahat mencuri akaun anda? :

Pesanan melalui twitter sekadar ringkasan, anda mungkin tertipu sekiranya wujud pada pesanan anda orang yang tidak dikenali seperti :

-    Hah, ini benar kamu? http://URL
-    Wow, lihat ini http://URL
-    Berapa IQ kamu? http://URL

Tampaknya seperti Twitter, padahal bukan. Cara kedua, merupakan trik yang cukup meyakinkan melibatkan URL yang ditambahkan pada tweet. Saat Anda klik link yang menurut Anda akan mengarahkan Anda ke video tertentu, atau akan mengajak Anda untuk melakukan tes IQ, Anda malah akan diarahkan ke Twitter.com.

Penipu telah membuat diplikasi dari situs Twitter yang mereka pasang di server mereka. Jadi, ketika Anda login ke situs ‘Twitter’ tersebut dengan username dan password Anda, mereka akan menyimpan data tersebut setelah itu baru mereka mengarahkan Anda ke situs Twitter sebenarnya.

Anda mungkin bingung, mana ‘IQ test’ yang dijanjikan link tersebut dan bertanya dalam hati apakah mungkin Anda salah klik dan melewatkannya. Sebenarnya tidak. Tetapi kini Anda telah menjadi bagian dari masalah tersebut, dan tak lama kemudian, follower Anda di Twitter akan mulai menerima ‘pesan’ serupa dari Anda dan seterusnya berulang-ulang. Jadi, jangan klik link tersebut.

Jika Anda sudah terlanjur mengklik link dan memasukkan user name serta password Anda di situs Twitter palsu, sebaiknya ganti password Anda atau minta Twitter me-reset password anda.

Twitter merupakan satu-satunya layanan online di dunia yang jumlah penggunanya terus bertambah antara 5.000 hingga 10.000 pengguna baru per hari.(survei Nielsen)

Twitter yang merupakan situs jejaring sosial terbesar ketiga di Amerika Serikat memiliki 19,2 juta pengguna di bulan Oktober. 



(Facebook- perkongsian maklumat dengan kawan sebenar anda
 My space - lebih fokus perbincangan profesional yang berkaitan
 hiburan muzik,televisyen dan movie
 Twitter - lebih tertumpu kepada penghantaran pesanan kepada semua teman
 anda dengan pantas dan tepat pada waktunya.)



seorang tentera negara zionis srael mengakses layanan situs
pertemanan Facebook untuk melakukan perekrutan anggota
dan mata-mata.
sedangkan seorang lagi sedang bersedia untuk menyerang
pejuang Islam di bumi Palestin.







sumber :
1- Berita Dunia Islam
2- Blog-blog terpilih
3- Wikipedia

Manfaatkan dunia teknologi :


Pencetus  :

Charles Babbage (26 Disember 1791 – 18 Oktober 1871) merupakan
pencetus pertama dalam mereka mesin komputer dan dikembangkan oleh
pakar pemikir dan saintis sehingga mampu dikembangkan menjadi lebih baik
seperti sekarang.
Khidmat internet juga bermula pada feb 1958 oleh ARPA Amerika Syarikat,
bertujuan menandingi teknologi Kesatuan Soviet yang melancarkan program
kapal angkasa lepas robotik Sputnik.<
berikut merupakan rangkaian terbesar yang merupakan idea Barat (kebanyakan
mereka adalah Yahudi) yang kita sentiasa bersamanya :


Microsoft
Ditubuhkan     Albuquerque, New Mexico
                      (April 4, 1975)
Pengasas        Bill Gates
                      Paul Allen
Ibu Pejabat    Redmond, Washington,
                      United States





Google
Ditubuhkan    1995
Orang utama  Larry Page,
                     Sergey Brin,
Dana awal     Andy Bechtolsheim
                     (pemilik Sun Microsystem)
                     (cek benilai 100 ribu USD)



Yahoo!
Ditubuhkan    Santa Clara, California
                     (March 1, 1995)
Pengasas       Jerry Yang
                     David Filo
Ibu Pejabat   701 First Avenue
                     Sunnyvale, California,
                     United States



YouTube
Ditubuhkan     Februar 2005
Pengasas        Steve Chen
                      Chad Hurley
                      Jawed Karim
Ibu Pejabat     San Bruno, California, United States





My Space
Ditubuhkan     2003
Ibu Pejabat    United States Beverly Hills,
                     California, US
Orang Utama   Tom Anderson, President
                        Owen Van Natta, CEO
                        Mike Jones, COO
                       Jason Hirschhorn, CPO
Pemilik            News Corporation


Perhatian :

Di sini, penulis tidak meletakkan hukum atau mengajak saudara memboikot
dalam sebarang penggunaan laman atau sistem wujud di dalam internet.
Kerana sudah jelas bahawa kebanyakkan teknologi dan ekonomi pemasaran
dunia telah bermula serta dikuasai oleh barat dan eropah. 
Negara Malaysia yang kecil tidak mampu mencapai kemajuan apatah lagi
mencipta sesuatu yang lebih baik daripada mereka.

Mengapa dikaitkan degan agenda jahat Yahudi ? 

Andaian daripada penulis mengatakan bahawa kewujudan semua rangkaian
ini adalah untuk kepentingan pereka sistem itu.Tetapi disebabkan ia mampu
membawa faedah yang begitu menguntungkan daripada kaum mereka sendiri
(CIA/FBI/Freemanson/Zionis/Yahudi dll) yang mana pereka menjalinkan
kerjasama atas dasar bangsa, setelah sistem berkembang pesat ke seluruh dunia
maka disnilah peluang jahat puak Yahudi mengambil kesempatan.  
seperti yang terjadi kepada artis yang terperangkap oleh Illuminati sedangkan
pada asalnya mereka menyanyi untuk populariti atau mencapai impiannya..

Oleh itu, sama-samalah kita sentiasa memperingati dan memanfaatkan
segala penggunaan teknologi agar tidak terjerumus ke lembah kemaksiatan
dan punca kerosakan umat akhir zaman ini.Sebarkan ilmu dan dakwah kalian
kepada semua manusia jika anda sayangkan Islam terus di julang.
Segalanya bergantung kepada tujuan anda yang asyik khayal di alam maya. 

Ingat,
Sekarang ini Allah swt tahu bisikan hati kita!
sekarang ini Allah swt tahu apa yang kita fikirkan!
sekarang ini Allah swt melihat apa yang kita lakukan!

Lindungilah tangan dan mata anda dari di bakar api Neraka.

Maha Suci Allah swt yang Maha Pencipta lagi Maha Agung,
Peliharalah hambaMU yang hina lagi kotor ini....Amin

Adab Bersolek menurut Islam..



Assalamualaikum wbt..posting kali ni ana dpt dr satu laman web islamik.tp,dh terlupa alamatnya..mudah2an ALLAH merahmati usaha kita.ameen..

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
1.Selawat 3 X

2.Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.




Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai

Baca Bismillahirahmanirahim

Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X
Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke

1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dagu

Jumaat, 17 September 2010

Pembohongan Seorang Ibu!!!



“Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Quran ni.. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” teriak Aminah kepada Amin..

“Kat sini pun cantik juga. Warna hijau pucuk pisang. Mana satu ye kita nak belikan ni??” balas Amin.
Mereka akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Semua hantaran dah lengkap tetapi masih tertinggal satu lagi hantaran yang masih tercari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran semasa perkahwinan mereka nanti.

“Wow, yang ni lagi best! Ada terjemahan arab lagi tu!” keluh Aminah.

“Ala, sayang bukan reti bahasa arab pun..” 
jawab Amin. Sambil tergelak Aminah. Dalam hatinya berbunga-bunga rasanya sebab dapat calon suami seperti Amin. Ambil berat dan prihatin.

“Apa yang encik carikan tu? Kelihatan seronok nampaknya...” 
tegur seorang pak cik berbaju putih. Jaluran hijau ke bawah menyerlahkan lagi seri wajah seorang pakcik lebih kurang lingkungan 40-an.....

“Oh, kami cari Al-Quran! Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid katakan..”
 sengih Amin. Aminah ikut senyum malu kucing tidak jauh dari situ...

“Oh.. Baguslah. Encik selalu baca waktu bila?” 
pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa..aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ 
teragak-agak Amin menjawab. Aminah sudah di sebelah rak yang lain ibarat kepala kura-kura masuk dalam cengkerang.

“Kalau begitu,pak cik cadangkan tak perlu lah encik beli Al-Quran kalau sekadar nk jadikan hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan atau hantaran, encik”
tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik ni!! Kacau pula urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la!!” 
tiba-tiba Aminah muncul dengan selamba menjawab...pak cik ni......orang makan rojak pak cik minum ayaq batu campuq,orang x ajak,pak cik masuk campuq!! Jawapan yang angkuh dari Amin...

“Oh, baguslah. Kalau macam tu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi” 
cadangan pakcik saja. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih yang ni. Kiut lagi”
senyum Aminah mengangkat bungkusan Al-Quran warna hijau pucuk pisang. Saiznya kecil dan mudah.

“Jangan lupa baca ya!!”
 pakcik dengan selamba berkata sambil meninggalkan pasangan tersebut...

“Sibuk betul pakcik tu” 
Aminah mengomel manja.
Amin kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba dalam keadaan mereka tengah berseronok dengan dunia ciptaan mereka..

Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Mereka sudah bersolek persis seorang raja dn permaisuri ketika hari pertabalan.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan melalui ijab dan kabul. Amin dan Aminah tidak sabar-sabar menantikan ungkapan indah tersebut. Pak imam melangkah masuk dengan bergaya.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam memecah keheningan dn memberhentikan suara-suara sumbang dalam masjid.

Amin bagaikan mati hidup semula. Dirinya terkeju dan kaget. Jantungnya bagai gugur serta merta...Peluhnya membasahi seluruh badannya.Bukan taku atau gentar kepada lafaz ijab dan kabul tetapi semuanya gara-gara terkesima melihat imam seiras lelaki hari tu.. Bagaikan tidak percaya apa yang dipandangnya insan yang berada di hadapannya. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Taufiq.
“Ya,pak.... Ustaz.. khabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Amin mengigil seperti orang kesejukan. Aminah juga terkebil-kebil dan ibarat cacing kepanasan melihat batang tubuh orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya mahu mendengar bacaan adik Amin. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dan ALLAH akan merahmati majlis ini apabila kita mendengar alunan suci Al-Quran dari pengantin” cadang Ustaz Taufiq. Kelihatan orang ramai mengiyakan tanda bersetuju. Maklumlah, ustaz Taufiq merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Amin menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Amin cuba mengagahkan diri. Aminah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”kata ustaz Taufiq sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Ra'd
“Apa benda nih” detik hati Amin bermonolog.
“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA... RIII..!!” berlagu Amin antara dengar dan tidak..
 
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Aminah merah padam wajahnya menahan malu. Aminah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas atau bersembunyi..
 

“Baru ustaz tahu rupa-rupanya ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Amin, cara bacanya seperti ini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengaran suara gemersik merdu alunan Ustaz Taufiq. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Quran bacaannya...

Amin berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Amin, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran!! Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menyimpan di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Taufiq.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Amin, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Taufiq sudah dikagumi orang terutama yang pernah mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.Selepas peristiwa itu Amin selalu mendampingi Al-Quran..

Amin sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Amin. SMS dari ustaz Taufiq masuk dalam fon amin.. Aminah tersenyum disisi suaminya, Amin..

IMAN SEMUT



Bismillahirrahmanirrahim..
.

Assalammualaikum w.b.t..

Kisah kali ini saya ambil daripada seorang sahabat saya yang saya hargai...
Mari ikuti kisah 'Iman semut' ini...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...