Ahlan Wasahlan

Jumaat, 17 September 2010

Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung




klik gambar untuk pembesaran
SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.


Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, �Aurah� yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

# Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: �Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.� (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: �Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.� (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

# Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: �Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain �qubtiyyah� (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: �Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.� Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: �Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).�

Menurut Ibn Rusyd, �qubtiyyah� ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

# Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: �Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.�

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

# Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: �Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.�

# Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: �Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.�

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

# Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: �Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).� (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

PESAN BUAT DIRIKU...



"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

(al-Banna)

Binnabil Huda



Binnabil huda Ya Rasulussalam 
Wayamursala rahmatan lil anam
'Alaikassolatu wa'alaikassalam
Wasohbika wattabi'inal kirom

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi 'alal 'ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Sollu..
Sollu, sollu, sollu..

Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa sohbihi Muhammad

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi 'alal 'ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Ya Shafi'ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Sollu..
sollu, sollu, sollu..

Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa sohbihi Muhammad

Shafi'una..shafi'una..shafi'una..shafi'una..
Rasulallah..
Habiballah..
Nabiyallah..
Sofiyallah..
Rasulullah..

Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa sohbihi Muhammad

Allahumma solli wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad

KENAPA TAK ROGOL SAYA????????





Kisah benar ini berlaku di US.




Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.


Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)


Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….


semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


p/s: SubhanaAllah....moga diambil iktibar n panduan kpd kite terutama yang bergelar Muslimah... InsyaAllah

Isnin, 6 September 2010

Selagi Boleh Bersabar..

Cerpen ini bukan setakat menghilang lapar dan dahaga di Bulan Ramadan (walaupun terkenangkan Es Teler Aceh). Tetapi saya menulisnya untuk mengingatkan diri tentang ukhwah (Malaysia-Indonesia) yang perlu dikekalkan kerana agama Islam kita. Dan saya tahu, di sana (Indonesia) bukan semua yang berfikiran seperti pelempar najis dan pembakar bendera kita, 240 juta rakyat mereka terlalu ramai untuk menyimpulkan ratusan orang yang berdemo itu. Dan, orang yang tidak menggunakan akal fikiran dalam hidupnya, tak perlulah kita layan seperti yang mereka lakukan terhadap kita, kelak kita sama tidak berakal fikiran. Bahagialah orang yang lembut dan berilmu.

Kanak-Kanak
“Malaysiee..jahat! jahat!” Terbeliak mata saya melihatkan Hadi mengejek Kalsum dan Hafsah yang baru melangkah ke dalam rumah. Saya mengetap bibir dan menarik tangan Hadi masuk ke dalam biliknya. “Serang Malaysie! Perang dengan Malaysie! Dush! Dush!” ejek Hadi lagi. saya mengutil telinganya. Adik saya yang tidak normal itu membuatkan kulit muka ini seperti disiat pisau tajam.

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

img_7497.JPG

Nanar
Pohon kelapa berayunan saling melambai. Langit biru di terjah gempulan awan putih, seperti pantai didatangi ombak, beriak dan berkocak. Ada sudut-sudut tertentu, matahari menerikkan cahayanya, terang tetapi tenang. Saya tercegat di bawah matahari berhadapan kubah Bandara Iskandar Muda. Jika saya tidak memberitahu, tidak ada yang tahu bahawa saya antara arkitek yang menyolekkan bandar udara baru Nanggroe Aceh Darussalam.

img_6433.JPG

Pemandangan di tepi Bandara Sultan Iskandar Muda

“Inikah Aceh? Seperti anak dara belum diusik ya?” Kedua tetamu saya yang baru tiba dari Malaysia panasaran. Seorang menghalakan kameranya ke selatan, seorang lagi mencekak pinggang, mata melilau ke utara bandara. “Ini kampung saya di Kedah. Itu.. sawah bendang hijau terbentang, pokok kelapa tinggi melayang, ” kata seorang mereka. “Ini juga kampung saya di Pahang. Tengok, cik adik itu pakai, baju kurung Pahang!” kata seorang lagi sambil menunjukkan ke arah seorang pramugari yang baru menukar pakaian kerjanya. Saya senyum-senyum saja. “Selamat pulang ke kampung masing-masing. Di Aceh, bukan sahaja ada Kedah dan Pahang, bahkan Perak, Kelantan dan seluruh Malaysia!” balas saya yang bercadang untuk bercerita kepada mereka berdua tentang Puteri Kamaliah dari Pahang yang berkahwin dengan Sultan Iskandar Muda pada abad ke 17 dulu.

img_6472.JPG

Inilah labi-labi

Labi-labi menurapi jalan kampung menuju ke Desa Darussalam. Kedua tetamu saya, Kalsum dan Hafsah bertambah nanar. Pemandu labi-labi seperti faham, penumpangnya hari ini dari negara jiran lalu memberikan kerjasama dengan memperlahankan roda labi-labi. Entah apa menariknya pokok asam jawa, rumah kayu beratap rumbia, bunting padi, kanak-kanak berlari tanpa selipar, makcik tua dengan sirehnya, pakcik tua meneguk kopi bercampur ganja dan anak-anak gadis laju menunggang ‘kereta’. Semua itu dirakam oleh Kalsum.

Sinting
Matanya tajam memerhatikan anak-anak gadis turun dari labi-labi. Kuntum senyum Kalsum dibalas sekilas jelingannya. Saya mendekati Teuku Hadi, menariknya masuk ke dalam bilik. “Jangan kacau kawan-kawan kakak dari Malaysia!” arah saya pada si bongsu 22 tahun. “Malaysiee..Malaysiee..” ulangnya sambil menari-nari. Saya menutup pintu bilik dan kembali menghadap dua tetamu yang kini dilayan oleh mama. “Kamu berdua sudah tengoklah bandara baru yang cantik itu, hah! Cut Mutialah arkiteknya!” bangga mama. Kalsum mencubit siku saya, “Tawaduknya awak,” katanya. “Selepas tsunami, anak-anak tempatan diberi peluang terlibat dalam industri antarabangsa, itu bukan hasil tangan saya seorang tetapi anak-anak Aceh yang lain,” kata saya lebih berbangga memperkenalkan bangsa sendiri.

img_7475.JPG

Kami bersama papa dan mama
“Kalau bukan bulan puasa, mama jemput kamu berdua ke dapur dulu,” kata mama. Kalsum dan Hafsah ketawa dan masih galak menangkap gambar.

Rumah saya tidaklah besar. Ada empat bilik tidur dan dua bilik air. Selain saya dan Hadi, mama dan papa tidak mempunyai anak yang lain. Saya lebih tua dari Hadi tiga tahun, tetapi saya selalu merasakan lebih tua daripanya 20 tahun. Rumah kami juga dibisingkan oleh burung-burung dan anak-anak kucing. Sebahagiannya telah mati dibawa arus Tsunami lima tahun lepas.
“Cut!” Hafsah datang mendekat. Dia menunjukkan skrin kameranya kepada saya. Terpantul gambar Hadi sedang menikmati keropok sambil bermain dengan Si Gedek, kucing kesayangannya. “Dia tak puasakah?” bisik Hafsah. Saya menutup mulut lucu. “Puasakan hanya wajib untuk seorang mukallaf yang mumayyiz,” balas saya. “Jadi…?” Hafsah mengerutkan dahi. “Dia memang kacakkan? Tetapi akalnya masih bayi. Itulah kelebihan adikku Teuku Hadi,” kata saya menjeling Teuku Hadi yang senyap-senyap telah keluar dari biliknya.

Sederhana
Saya memboncengkan Hafsah, manakala Kalsum menunggang sendiri ‘kereta’ papa. “Orang Banda Aceh kaya-kaya, semua pakai ‘kereta’. ” Kalsum ketawa sebaik mengetahui, kereta di sini adalah motorsikal bertayar dua. “Orang Malaysia lebih beruntung, jika seorang arkitek seperti saya entahkan boleh memakai Proton Saga,” balas saya yang sememangnya kagum dengan Malaysia kerana telah mengeluarkan produk automobilnya sendiri. Hafsah dan Kalsum berpandangan, ada rona kasihan di wajah mereka. “Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita nyawa, itulah kenderaan paling penting buat seorang manusia,” kata saya bersambut senyuman dua anak Malaysia yang mulus ini.

Saya tidak pernah memikirkan keadaan di Aceh ada juga di negara lain. Bagaimanakah saya boleh memikirkannya, jika tidak pernah keluar dari bumi tercinta ini? Biar perang gerila berlaku, biar Tsunami meratah bumi, biar kami disisih orang-orang yang lebih beruntung, saya dan keluarga masih setia berkhidmat untuk tanah ini. Namun, kenyataan Kalsum sungguh mengejutkan saya. Tidak menyangka bahawa di Malaysia juga ada negeri-negeri yang memakaikan tudung pada pemodel papan-papan iklan. “Oh, saya sangka Aceh satu-satunya buana yang memakaikan jilbab pada model wanitanya. Di sini, wanita Muslim wajib memakai tudung..” kata saya. “Shh..walaupun berseluar ketat atau berbaju nampak pusat?” tanya Hafsah pula menghalakan lensa kameranya pada si penjual bakso yang berpakaian sedemikian. Saya menggigit bibir, tersenyum menyorokkan malu. Inilah kenyataan yang perlu dihadapi negara Islam dunia. Pemerintah tempatan telah cuba membumikan budaya Islam, namun pengaruh global internet dan televisyen lebih cepat menular.

Lurus

img_6574.JPG
Makanan yang disantap malam pertama di Aceh

Di depan kami terhidang pelbagai makanan yang menurut Kalsum tidak banyak bezanya dengan Malaysia. “Karipap ada, mee goreng ada, bihun ada, murtabak ada, kueh Loyang, agar-agar, donut, pecal, tauhu..ah, semua ada di Malaysia!” beritahu Kalsum. “Ini ada?” Papa masuk ke dapur sambil menjinjit plastik es teler. Kalsum dan Hafsah mengerut dan berfikir. “Santan itu kita campurkan dengan air gula merah, sirup, kekacang, sagu, cendol, isi jagung, agar-agar, jeli dan buah nangka kemudian masukkan ais,” terang saya. ‘Oh! Di Malaysia namanya air batu campur atau ABC!” Jerit keduanya. “Makanya, kita hanya dibezakan oleh bahasa sahajalah,” kata papa meletakkan es teler yang baru dibelinya di atas meja. Belum sempat saya memasukkannya ke dalam bekas, Hadi mencekau plastik es teler dan berlari masuk ke dalam biliknya. Saya menarik nafas dan berpandangan dengan papa. “Tak mengapa Cut, bukan rezeki kita, makanan lain masih banyak” pujuk Hafsah beriringan pengumuman masuk waktu berbuka dari musolla sebelah rumah.

Saya senang melihat Hafsah dan Kalsum tidak kekok di hadapan papa. Pelbagai soalan ditanya mereka, dan pelbagai jawapan diberikan papa. “Kalsum, Hafsah, kamu berdua memang tidak wawancara orang yang salah, papa Cut ini pencenan profesor di Universiti Syiah Kuala. Dia mengajar mata kuliah Kenegaraan,” kata saya menjelaskan siapa papa. Hafsah tersedak dan menutup mulutnya. “Kenapa? Kamu tak percaya ya?” saya menyuakan air kepada Hafsah. “Bagaimanalah nak percaya? Tengok sahajalah rumah profesor seperti taman binatang dan hanya guna motokar buruk tahun 70-an. Profesor di Malaysia sebaliknya bukan?” kata papa. Hafsah senyum mengiyakan kata-kata papa. “Papa Cut seorang yang lurus dalam kerjanya. Apa yang diterima, diambil. Yang bukan miliknya, tak akan disentuh. Motokar buruk di depan rumah tu, satu-satunya motokar yang papa guna sepanjang 30 tahun mengajar di universiti,” kata saya. “Kesenangan di dunia ini tidak kekal ananda semua, yang penting di akhirat esok kita bahagia,” kata papa.

img_6500.JPG

Si penjual air tebu di Aceh

Satu jeritan mengganggu perbualan kami. “Kamu nakal lagi, mama tak bagi minum es teler!” sayup suara mama dari bilik Hadi. Saya berpandangan dengan papa dan tersenyum pada teman-teman Malaysia. “Laku Hadi boleh bikin Tsunami lagikan papa?” Papa mengangguk. Teman-teman ketawa.

Berani
Kapal Apung seberat 3600 tan terdampar jauh dari lautan dibawa kemarahan Tsunami. Apatah lagi seorang manusia atau seekor kerbau atau sebuah rumah? Namun, ada yang tidak ditelan oleh Tsunami kerana belas-kasihanNya. Sisa-sisa itu dapat menjadi benih baru menumbuhkan Aceh sekarang. Badai Tsunami seolah-olah mengirimkan angin kemerdekaan bersamanya. Ia melenyapkan ketakutan, mengurangkan sengketa politik, dan turut bersama adalah simpati dunia terhadan insan Aceh yang masih berbaki. Tuhan telah menjatuhkan ar-RahimNya ke dalam nurani manusia terpilih. Mereka telah menyuap kami dengan kemurahan dan simpati. Berterusan dan bertubi-tubi.

“Banyak pertubuhan dari Malaysia datang ke Aceh membina rumah-rumah anak yatim dan sekolah. Ya Allah, hormatku pada kalian hanya Tuhan yang tahu,” kata saya mengesat air mata. “Pengorbanan Sultan Aceh mengislamkan Parameswara lebih besar, Alhamdulillah, umat Melayu Islam semuanya,” balas Kalsum pula. Kami menjejaki pembangunan Aceh yang pesat. Hospital elit tajaan Negara Jerman, taman perumahan tajaan Negara Turki, bangunan universiti baru tajaan Kerajaan Arab Saudi dan..ah! banyak lagi.

img_7053.JPG
Depan rumah Cut Nyak Dien- pahlawan wanita Aceh

Hafsah memeluk pinggang saya. Ada tompok kebimbangan di wajahnya ketika saya memotong lori dan motokar. Menjadi gadis Aceh bermakna menjadi pahlawan ‘kereta’, hanya itu satu-satunya kenderaan yang mempercepatkan kami ke tempat kerja. Ya! Kenderaan yang mampu dibeli oleh kebanyakan kami. “Jangan risaulah, para wanita di sini, cekalnya seperti lelaki. Dari dulu, perempuan Aceh turut sama berjuang di medan perang..” “Tapi ini jalanraya Cut, kemalangan tak kenal kawan atau musuh,” kata Hafsah menguatkan pegangan. Saya menepuk tangannya. “Jangan takut, ini Cut Mutia, keturunan Cut Nyak Dien!” balas saya terus yakin meredah kesibukan Banda Aceh yang luar biasa selepas Tsunami. “Patutlah Tsunami serang orang Aceh..” “Apa Hafsah?” tanya saya kurang jelas kata-kata Hafsah diganggu bunyi kenderaan. “Err..tak ada apa-apa. Allah SWT menurunkan ujian pada orang yang layak,” balas Hafsah. Saya berasa disindir dan senyum sendiri.

Kanak-Kanak
“Malaysiee..jahat! jahat!” Terbeliak mata saya melihatkan Hadi mengejek Kalsum dan Hafsah yang baru melangkah ke dalam rumah. Saya mengetap bibir dan menarik tangan Hadi masuk ke dalam biliknya. “Serang Malaysie! Perang dengan Malaysie! Dush! Dush!” ejek Hadi lagi. saya mengutil telinganya. Adik saya yang tidak normal itu membuatkan kulit muka ini seperti disiat pisau tajam.

“Masya Allah, orang Malaysia itu saudara sebangsa dan segama kita sayang. Jika kita perang dengan mereka, siapa lagi akan bantu kita kalau Tsunami datang semula? Atau jika orang Inggeris jajah kita lagi? Hadi suka ramai musuh atau ramai kawan?” pujuk saya. “Tapi dia curi barang Hadi..” “Barang apa?” tanya saya pula. “Dia curi kakak dari Hadi. Mama pukul Hadi sebab orang Malaysie tuu..” Ya Allah..saya menepuk kepala sendiri dengan kelakuan Hadi yang keanakan.

Hafsah dan Kalsum tidak terusik dengan ejekan Hadi. Cuma saya dan mama berasa malu tidak menyediakan ruang yang selesa buat tetamu yang dianggap seperti saudara sendiri. “Tak apalah Cut, kami tak ambil hati. Lagipun Hadi insan istimewa, dia bercakap bukan dari hati dan akal yang sempurna. Orang yang sihat tak akan mengejek dan nak berperang sesama bangsa dan agamanya,” pujuk Kalsum.
Tiba-tiba kami dikejutkan tangisan Hafsah. “Cum, Cut, pasport saya hilang!”

Es teler

img_6476.JPG
Inilah Es Teler- Kak Cut Mustika

Pagi raya yang sayu. Walaupun di wajah Kalsum dan Hafsah tampak ceria, saya maklum jauh di sudut hati mereka memendam gundah-gulana. Sayalah yang lebih rasa bersalah atas kehilangan pasport Hafsah. Saya yakin, ianya terjatuh ketika saya memecut laju di tengah kota walaupun telah dipesan berkali-kali oleh Hafsah.
“Insya Allah, walaupun tak merancang berhari raya di Aceh, nampaknya ia tak jauh beza dengan Malaysia. Ada lontong, tapai dan..es teler!” kata Hafsah yang sudah jatuh cinta dengan es teler buatan mama. Papa mengisyaratkan saya pergi ke bilik Hadi. Jeritannya seperti mahukan sesuatu dan amat menyakitkan telinga.

“Malaysie..baik..baik..” kata Hadi sebaik Kalsum menghulurkan gelas es teler kepadanya. Hadi meneguk es teler dengan girang. Baju batik Jawa yang dipakainya comot dititis cairan manis es teler. Kalsum senyum dan merenung Hadi. “Cum teringatkan adik di rumah,” balas Kalsum. Saya berjalan ke tingkap, menelan rasa bersalah dengan kata-kata Kalsum itu. Barang apakah yang boleh ditukar-ganti dengan benda sepenting pasport? Ya Allah.
“Hadiah untuk Malaysie, nah!” sua Hadi pada Kalsum yang duduk rapat di sisinya. Saya dan Kalsum terpana. Itukan pasport milik Hafsah?
“Hadiiiiiiii!” saya menarik telinganya kuat.

GLOSARI
1. Bandara- Bandar udara atau lapangan terbang
2. Kereta- bagi kebanyakan penduduk yang tinggal di Banda Aceh menggelarkan motosikal dengan perkataan kereta.

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti!

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti!

Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti
^-^

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang dikehendakiNya. *



[At-Talaq:2-3]




Buatmu bunga,
dan bunga-bunga yang sedang mekar di taman-taman yang lainnya,
aku punya hadiah buat kalian..

(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh
Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.
---

jika Allah sudah meredhainya,
petiklah bunga itu wahai kumbang sakti
moga sayap kiri itu akan membantu dirimu di atas jalan ini



***
Kosa Kata

Akhawat = Muslimah
Ikhwan = Muslimin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...