Ahlan Wasahlan

Isnin, 1 November 2010


Nota kecil Gastrointestinal System


Nota 1: Kamu tahu mengapa perut kamu buncit, walaupun cuba untuk diet berkali-kali tetapi tetap gagal untuk kurus? Cuba periksa bagaimana cara kamu makan. Cara mencernakan makanan dengan baik adalah dengan mengunyah makanan sehingga betul-betul lumat di dalam mulut sebelum ditelan. Jadi, perut mudah menerima hasil lumatan dari mulut dan mudah dicerna sehingga ke usus. Kalau guna cara sebegini, makan banyak-banyak pun perut tetap tak akan buncit.

Nota 2: Sebaiknya, sebelum makan minum air kosong sedikit terlebih dahulu dan jangan minum sewaktu makan kerana ini boleh mengganggu proses pencernaan makanan di dalam perut. Dan ini tips berkesan supaya perut tidak kembung atau buncit. Yang paling baik, selepas makan tunggu beberapa minit atau beberapa jam, barulah minum air kosong. (memang air kosong adalah paling baik)

Mungkin ini adalah tips yang berkesan supaya perut tidak buncit. Cubalah! :)

Nota 3: Jangan melewatkan makan sampai jauh malam sedang di siang tak langsung menjamah makanan, kerana dinding perut akan terus-menerus menghasilkan acid. Apabila kita lambat makan, acidity dalam perut kita akan meningkat dan ini akan menyebabkan terjadinya Peptic ulcer (atau dalam kata orang awam iaitu = Gastric). Sebab itu perlu minum air kosong walaupun makan agak lambat supaya membantu meneutralkan acid dan mengelakkan terjadinya Peptic ulcer.

Sebab itu waktu kita berpuasa hanya dari waktu imsak ke maghrib, dan sunnah dipercepatkan berbuka puasa. Kerana apa? Untuk mengelakkan perut kita mengalami peningkatan acidity yang menyebabkan ulcer :)

Nota 4: Tahukah kamu salah satu terjadinya Peptic ulcer juga adalah disebabkan terlalu kerap memakan ubat killer-pain? Pening kepala sikit, makan ubat. Sakit perut sikit, makan panadol. Itu acetaminophen (panadol) - bila terlalu kerap dimakan, akan menyebabkan Peptic ulcer! Komplikasinya boleh terjadi perdarahan pada perut dan boleh menyebabkan DEATH.

Nota 5: Percaya atau tidak, salah satu faktor terjadinya constipation (sembelit),hemorrhoid (buasir) atau bahkan Gastric Cancer dan Colorectal Cancer adalah disebabkan kurangnya makan sayur dan buah-buahan? Jadi, seimbangkanlah makan daging, ayam dan sayur-sayuran. Jangan berat sebelah ok. Untuk ibu-ibu, jadikan anak-anak anda penggemar sayur dan buah-buahan lebih dari ayam dan daging, seperti saya. Haha.

(Dalam adik beradik dari kecil lagi saya digelar 'Raja Buah' sebab terlalu gemar makan semua jenis buah-buahan. haha. eh. lari topik pulak)

Nota 6: Kalau frekuensi anda membuang air besar tidak normal (normalnya adalah 1x sehari). Kalau dalam seminggu cuma 3-4 kali atau kurang dari itu, atau buang air besar susah dan rasa sakit, apalagi jika tinja anda sudah ada lendir / darah, cepat-cepatlah dibawa ke hospital untuk diperiksa. Jangan pandang remeh. Kerana simptom itu adalah gejala awal seseorang menderita Colorectal Cancer.

Tapi malangnya kebanyakan orang awam memandang remeh, contohnya apabila terjadi pada orang tua yang sudah semakin parah baru dihantar ke hospital, baru menyesal kerana telah didiagnosa menderita Colorectal Cancer pada stadium terakhir! - yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Hm...

Nota 7: Tahukah kamu stress juga akan banyak mempengaruhi sistem pencernaan kita? Jika seseorang stress dan risau terlalu banyak, ia akan mempengaruhi sistem pencernaan kita sehingga menghasilkan gejala diarhhea, sakit perut, mual, muntah atau constipation. Dan gejala ini dinamakan Irritable Bowel Syndrome (IBS). Salah satu yang membezakan symdrome ini dengan penyakit lain adalah gejala akan hilang setelah buang air besar. Biasanya penderita IBS ni lebih banyak terjadi pada perempuan. Sebab perempuan emosinya tinggi dan mudah mengalami stress. Dan juga disebabkan oleh faktor hormon dan syndrome ini boleh mengganggu period haid wanita.

Jadi, jangan stress-stress sangat ya! Plus, jaga kesihatan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...